Rabu, Jun 02, 2021

Happy June

Assalamualaikum. Salam 2 Jun. 😊


Diam tak diam, tahu-tahu dah hampir setengah tahun kita dalam 2021. Mudah-mudahan hari-hari mendatang untuk bulan baharu ini indah dan baik-baik buat kita semua. Paling penting, semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari jangkitan wabak ini.

Sarapan 1 Jun. Lempeng oat dan pisang. 

Setelah dua bulan diet bak terkapai-kapai di laut dalam, sekarang baru jumpa daratan.  Enjoy je makan macam-macam tak ingat dunia … yang kononnya nak amal diet itu ini - Diet Suku Suku Separuh (DSSS) la, eat clean la … semua tinggal nama je 😂 Okey, bulan Jun ini masuk fasa insaf. Kena jaga diet dan pemakanan semula.

PKP 3.0

Hari ke-2 fasa pertama PKP 3.0, bagaimanakah keadaan kalian setakat ini? Ada rancang sebarang aktiviti menarik di rumah untuk isi masa dan elakkan kelesuan pandemik?

PKP kali ini saya cadang hendak lebih tumpukan pada aktiviti tanpa skrin dan gajet. Maknanya, nak kurangkan masa depan TV, kurangkan masa mengadap telefon, sebaliknya lebihkan masa buat aktiviti-aktiviti lain di rumah. 

Seperti yang pernah saya cerita sebelum ini,  saya dah mula lessons bahasa isyarat. Berasap juga otak lambat pick up saya berlatih buat isyarat A - Z. 😅 Dah practise dua tiga round, saya pergi buat homework hand-lettering pula. Target saya, habis PKP fasa pertama ni ada peningkatan pada kualiti tulisan saya dalam 30 - 50 %. Selain itu, nak luangkan masa baca novel-novel yang dah lama beli tetapi masih tersusun elok tak berusik. Dah masuk kategori tsundoku dah saya ni.


Kalian pula? Sudi-sudilah kongsi plan dan aktiviti dengan saya. Mana tahu saya boleh ikut sama.


34 ulasan:

  1. Happy June and PKP farah... cantik template

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy June to you, Kak Shiela. Hehehe thanks, kak. Template ni dapat hadiah drpd blogger Alien Oren.

      Padam
  2. Wah mencabar diri belajar bahasa isyarat.
    Saya ambil masa untuk taddabur al-Quran.
    Oh baru perasan blog dah bertukar baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe progressnya belum tentu lagi, NA. Lambat lekat dalam ingatan.
      Wah, bagusnya! Nanti bolehlah sekali-sekala NA kongsi di blog ya. Baca mengenai aktiviti Na ni buat saya terfikir hendak sambung jurnal al-Quran :)

      Ya, blog tukar cat. Menang #luckyblog contest anjuran Alien Oren.

      Padam
  3. eh dia tukar wajah la kat sini hahaha...
    hepi juni..
    btw tahniah farah jadi salah sorg top 3 commentator kat ret utk bln mei :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik ni hadiah contest #luckyblog tu kak.
      Happy June to you too.
      Whattt? Saya berjaya dapat jadi top commentator? Tak percaya :)

      Padam
  4. Rindu nak pergi kedai buku..aroma buku-buku tu lain macam sangat ..

    BalasPadam
  5. wahhh healthy pancake.. rajennn :)

    BalasPadam
  6. Happy June, Farrah :) Boleh la tu, eat healthy & stay safe :) Biar berdiet sihat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy June to you too, Ayu. Heheh ni tengah usaha untuk diet secara sihat. Mudah-mudahan tidak tersasar :)

      Padam
  7. Apabila Jun menjelma, Maybank telah tiada, yang tinggal hanya Junbank.. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha moga Junbank baik-baik sahaja dengan kita :)

      Padam
  8. wah.. farrah dh cat umah baru... nice sgt suka header tu.. kakmim pn ada plan nk tkr cat jugak sementara x buat apa pkp ni tp nmpknya belum sampai seru lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Kakmim. Header dan rupa baru blog ni semua Alien Oren yang buatkan. Saya menang #luckyblog contest yang AO anjurkan sebelum ini.

      Semoga Kakmim beroleh inspirasi dan sampai seru untuk tukar cat rumah juga :)

      Padam
  9. Happy june kak. Kene duduk uma jaa..sbb xleh keje kan.hahaha

    Cantiknyaaaa blog akak 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you. Happy June to you too, Nadyya. Tak pe, duduk rumah ada banyak masa layan little boss Hud :)

      Padam
  10. Eeeeee tantikkklahhhh blog dia! Rezeki menang contest AO haritu kan kak farrah hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi ini sentuhan magis AO. Kembang kempis hidung akak dibuatnya. Blog jadi 10 tahun lebih muda ahaks :)

      Padam
    2. Pandai AO mengedit kannnn, kalau saya dah pening nak hadap code hahahaha.
      Tapi serious, memang lawa! Warna soft cantikkk.

      Padam
    3. Memang pandai! Tip top hasil sentuhan AO.
      Atiqah kira pandailah juga tu... kalau bagi kat akak, mahu terus pitam hahah

      Padam
  11. Balasan
    1. Salam PKP 3.0, CCL. Jaga diri baik-baik ya.

      Padam
  12. Wah... Tower dah berwajah baru. So far takdelah aktiviti sangat selain WFH, layan drama siri kat Netflix and macam kak Farrah juga, baca buku yang dah berkurun beli tapi tak usik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik...blog akak pakai makeup :)
      Jom Sal! Jom kita habiskan buku-buku yang beli tak baca tu.

      Padam
  13. bahasa isyarat reti A sampai Z je..heheh yg len lupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni A - Z masih sangkut lagi huhuhu Asyik lupa huruf S dengan T :)

      Padam
  14. lamanyaa xmkn lempeng..lama sgt rasa dah 2 tahun sejak PKP..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKP memang buat kita rindu macam-macam benda 😁

      Padam
  15. Happy june kak farrah!!! Menarik tu belajar bahasa isyarat. Dulu zaman sekolah ada Cik TK belajar. Sebab ada kawan yang menggunakannya. Tapi bila dah lama tak pakai, Cik TK pun lupa sudah.

    Untuk PKP kali ini Cik TK nak belajar buat Zentangle. Tapi sampai sekarang tak start lagi. Entah bila nak mula.

    BalasPadam
  16. Wah lempeng. Apapun happy June

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.