Khamis, Jun 17, 2021

Merasa Makan Sukun Goreng

Assalamualaikum. Semoga kalian semua ceria-ceria selalu.

Hari ini cerita tentang sukun. Saya memang gemar makan sukun sejak kecil. Sukun goreng, kerepek sukun... beri sahaja pada saya. Sekejap sahaja boleh habis saya makan.

Buah sukun. Kredit imej.

Dahulu semasa sekolah, Cekebon ada seorang kawan yang ada banyak pokok sukun. Jadi, setiap kali pokoknya berbuah, Cekebon akan dapat banyak buah sukun. Masa tu hanya kami bertiga di rumah - saya, Baba dan Cekebon. Adik-adik semua di asrama. Memang puaslah saya ulang-ulang makan! 😂

Fasa ini jugalah saya akan rajin bawa bekal ke sekolah. Jika semalam sukun goreng, hari ini cekodok atau cucur sukun. Esoknya, sukun rebus cecah sambal tumis ikan bilis.

Sekarang, susah hendak cari sukun di kawasan saya. Kerepek sukun lagilah tak payah cerita. Sudah buahnya pun tak nampak bayang, macam mana nak jadi kerepek, kan? 

Setiap kali lalu depan orang berjaja goreng-gorengan di tepi jalan, tengok gambar ke cerita di TV ke... setiap itulah rasa teringin nak makan sukun tu datang. Saya sampai cakap kat Bott, nanti kalau kita pergi nursery kat Sungai Buloh tu nak cari pokok sukun, nak tanam. Hahaha tak tahulah berapa tahun lagi baru boleh makan. 😂

Minggu sudah, semasa keluar beli barang basah, Bott singgah untuk beli nasi Arab. Kebetulan, di sebelah gerai nasi Arab tu ada gerai menjual pisang goreng, keropok lekor dan ada sukun goreng juga!

Alhamdulillah, ada rezeki saya merasa makan sukun goreng setelah sekian lama teringin. Senyum sengih-sengih seorang diri menikmati setiap suapan. Potongan-potongan sukun tu memang sepenuhnya milik saya. Bott tak reti makan sukun goreng. Dia kata pelik tak kena dengan selera. Tetapi, kerepek sukun dia makan. 🤔

Aishh… tengah tulis pasal sukun, tiba-tiba rindu pula pada cekodok sukun Cekebon. Selain dibuat cucur dan digoreng, sukun juga enak dibuat gulai lemak dan bubur. 

Ada siapa-siapa yang gemar sukun seperti saya? Atau kalian sama team dengan Bott?

32 ulasan:

  1. Kak Amie pun suka makan sukun. Teringat sukun goreng di kantn sekolah makan dengan sambal tumis! Pengat sukun pun kakak pernah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan, kak... saya kalau dengan sukun goreng, sepotong dua memang tak cukup. Lawan pula dengan sambal tumis. Memang tak ingat apa-apa dah 😂

      Padam
  2. belakang rumah ada pokok sukun. mak saya rajin buat kerepek sukun. sedapnyee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya! Ini yang buat akak nak beli dan tanam pokok sukun ni.
      Kerepek sukun memang dap dap dap. Sekali makan tak boleh berhenti.

      Padam
  3. sedapnya sukun goreng, lma xmakan...

    BalasPadam
  4. Sedap juga. Tapi saya lebih suka keledek goreng.. Makan dengan Sambal tumis.. Sedap tu.

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan lagi sukun goreng. Tak tahu rasa macam mana.

    BalasPadam
  6. First time dengar sukun goreng, noobnya saya pasal makanan ni huhuhu.
    Suhun selalu lah jugak dengar hehehe.
    Sukun rasa apa kak farrah? Curious pulakkk hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jangan risau. Lepas ni mesti Atiqah akan selalu nampak atau jumpa sukun. Akak dulu masa tak tahu nama buah ni sukun, akak ingat macam spesies cempedak atau nangka hahahah
      Kalau digoreng, macam keledek tapi bagi akak sukun lagi sedap dan lagi lemak :)

      Padam
    2. Betul kak farrah, saya ingat adik beradik cempedak or nangka sebab macam nak sama dengan buah cempedak or nangka. Ohhhhh macam keledekk, jap macam boleh bayang dah rasanyaaaa macam mana. Harap harap ada lah dijual di ganu ni, teringin nak rasa hahaha :)

      Padam
  7. kalau buah sukun yang dah masak (lembik) buat jemput2 pun sedap

    BalasPadam
  8. Takdelah suka gila-gila tapi suruh makan saya makan,suruh goreng saya lari dulu. Hehe. Saya suka kalau buat cucur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha jauh ke nak lari tu! Akak pun suka kalau buat cucur. Lemak-lemak gitu.

      Padam
  9. tahu sukun tp xtahu rupa dan rasa dia kak farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki jumpa sukun, cuba rasa tau!

      Padam
  10. Suka makan buah sukun ni , tapi sekarang dah jarang nampak orang jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kat tempat akak ni memang susah nak cari sukun.

      Padam
  11. Suka makan buah sukun ni , tapi sekarang dah jarang nampak orang jual

    BalasPadam
  12. sedap sukun ni.tapi kadang2 tak tahan.anin.hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ada sesetengah orang tak tahan dengan sukun sebab angin.

      Padam
  13. Sedapnya sukun goreng. Lama tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga nanti ada rezeki Naniey makan sukun dalam masa terdekat ni :)

      Padam
  14. Sedapnyaaaaa sukun .. da lama xmkn. Last makan sebelom kawen.. skng dah nak dekat 4 tahun kawen 😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lama tak makan tu...hahahah tak pe lepas ni buat cam akak. Jumpa sukun, borong lebih sikit :)

      Padam
  15. Rasa macam tak pernah lagi makan sulung goreng nih. Tak apa harap dapat cari 1 hari nanti

    BalasPadam
  16. teringat smlm... sedara sy tipon mama semata2 nak kan sukun kt umah opah sy tu. tgen nama sy ckp, ooo nk sukun br call sedara ya😅

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.