Rabu, Julai 21, 2021

Salam Aidiladha 1442H

Assalamualaikum. 

Salam 10 Zulhijjah.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman blogger. Diharap kalian diberkati dengan kesihatan yang baik dan keceriaan dalam meraikan hari penting ini.

Jangan sedih-sedih jika tidak dapat balik kampung. Situasi semasa tidak mengizinkan. Insya-Allah, selepas keadaan pulih kelak, bolehlah kita beraya seperti dahulu. 


Menumpahkan Darah Haiwan Korban Ibadah Mulia

Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Hadith Riwayat al-Tarmizi (1439)


Hadith di atas jelas menunjukkan yang ibadah korban merupakan ibadah yang paling afdhal dilakukan dan dicintai Allah pada Aidiladha.

Bagi teman-teman yang berkorban tahun ini tidak kiralah sama ada di tanah air ataupun di luar negara, selamat berkorban. Mudah-mudahan pada tahun akan datang kita dapat merasakan semula keindahan dan kemeriahan melaksanakan ibadah korban beramai-beramai.

Semoga setiap amal dan pengorbanan kita diterima oleh Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga doa-doa kita akan dimakbulkan dan kita sentiasa berada dalam rangkulan rahmat kasih sayang-Nya.

Nikmati momen Aidiladha kalian sebaiknya. Maaf zahir dan batin andai ada salah silap saya terhadap kalian. Makan sedap-sedap tu jangan lupa ingat pada saya.

29 ulasan:

  1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Encik Fairus dan keluarga. Moga sambutan tahun ini tetap meriah.

      Padam
  2. Selamat meraikan aidiladha dalam norma baharu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha norma baharu juga buat wak dan keluarga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Samalah di pihak saya. Maaf zahir batin ya wak.

      Padam
  4. Cantiknya poster raya! Jarang orang buat warna pink. Biasanya hijau or biru. I loike! Selamat hari raya Aidiladha. Kak Farrah n kak Bott masak apa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik, kan? Dalam banyak-banyak poster raya yang free license, akak berkenan yang ini sebab warnanya pink + sweet dan berbeza.

      Semalam, kami masak ayam daun kari dengan cakoi (akak main yis lagi 😆). Selebihnya menanti food sampai di jenang pintu courtesy of jiran, Cekebon dan adik-adik.

      Padam
  5. Salam aidiladha untuk kak farrah dan keluarga! :)
    Semoga ceria selalu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya haji, dinda! Same goes to you. Stay happy dan ceria selalu! 😊

      Padam
  6. Selamat hari raya aidil adha buat Farrah sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya aidiladha buat Kak Amie dan keluarga. Mesti macam-macam juadah raya enak yang Kak Amie sediakan 🤗

      Padam
  7. Salam Aidiladha.. Semoga bahagia selalu bersama keluarga ..

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Farrah sekeluarga. Ya, nikmati raya dengan cara apa yang ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha, Fiza and suami. Dah OOTD baju sedondon ke belum? 😃 Ya betul... Enjoy raya cara kita tu yang penting.

      Padam
    2. Hehe..tak fully OOTD pun kak. Candid je lah mampu :)

      Padam
  9. Balasan
    1. Salam Aidiladha buat Wawa juga 😊 Enjoy your raya k!

      Padam
  10. Salam aidil adha Farah sekeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy Eidul Adha, Kak Ret! Hero-hero bertiga tu bertakbir tak kali ni? 😊

      Padam
  11. Selamat hari raya, Nadia. 😊

    BalasPadam
  12. Amin. Selamat hari raya juga.

    BalasPadam
  13. selamat hari raya aidiladha kak farrah!

    BalasPadam
  14. selamat hari raya kak. hehe da lama lepas nii..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.