Jumaat, September 03, 2021

Sarapan Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam saya terima suntikan vaksin dos kedua. Lengkap sudah vaksinasi untuk tubuh ini. Saya terima vaksin di klinik kesihatan tempat saya dapatkan rawatan untuk asma dan hipertiroid. Jadi, tak kalut sangatlah. Dekat je dengan rumah.

Saya antara orang yang terawal dapat masuk ke dewan vaksinasi untuk sesi pagi. Tetapi, disebabkan keadaan kesihatan saya, lama sedikitlah kena luangkan masa di dalam bilik pantauan. Mana tahu ada kesan pada pernafasan atau degup jantung. Alhamdulillah, semua okey.

Balik rumah, masih kuat buat itu ini. Tetapi, lengan yang disuntik mula berat dan sengal. Menjelang malam, otot dan sendi sengal-sengal, macam nak demam.


Sarapan Pagi untuk Pulih Tenaga

Pagi ini apabila bangun, badan rasa macam kena rempuh dengan lori. Tak larat betul! Mata memang berat. Nak tutup je rasa. Bott periksa suhu, mujurlah saya tidak demam. 

Mulut saya pula payau semacam. Ada nasi lemak untuk sarapan tapi rasa tak lalu nak makan. Ini sesuatu yang jarang-jarang berlaku. 😂 Jadi, Bott buatkan puding biji chia sementara badan nak kuat. Kebetulan, semalam memang dah rendam biji chia dengan serbuk koko untuk buat puding. 


Peanut butter and jam chia seed pudding

Puding Biji Chia Mentega Kacang dan Jem Rasberi

Lapisan bawah sekali ialah mentega kacang for my sore muscles diikuti dengan lapisan puding biji chia perasa coklat. Potongan epal hijau, sesuatu yang rangup dan bertekstur untuk dikunyah manakala satu sudu kecil jem rasberi, sesuatu yang masam untuk hilangkan payau mulut. Gaul semua sekata, sudukan ke mulut. Yummeh!

Syukur, sekarang dah rasa kuat sedikit. Marilah kembali bekerja!

Bagi teman-teman dan adik-adik yang masih menunggu tarikh untuk divaksin, tidak kiralah suntikan dos keberapa, semoga dilancarkan Allah segala urusan kalian.

 



25 ulasan:

  1. Alhamdulillah selesai sudah vaksin. sedap breakfast sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sekarang dah berselera cari makanan lain pulah heheeh

      Padam
  2. Syukur alhamdulillah dah selesai doa kedua.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah complete. Special betul breakfast yang Bott siapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia more to panik sebenarnya. First time ni ... akak tak lalu makan hahahah selalu kalau sakit macam mana pun, selera tetap maintain! Itu yang bersungguh berlapis-lapis dia buat puding tu 😂

      Padam
  4. Sedapnya breakfast macam tu.. :)

    Alhamdulillah dah settled vaksin.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dh selesai 2 dos tu...kena tgu 2 minggu lg utk lengkap sepenuhnya...sedap nmpknya menu bfast tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah sekarang status kat MySejahtera pun masih dikira Partially Vaccinated lagi :)

      Padam
  6. Alhamdulillah selesai sudah 2 dos. Tapi memang macam tu kan lepas vaksin selera makan tu berkurang. Ada benda sedap pun rasa tak lalu makan. Mujur jugaklah boleh telan puding biji chiamentega kacang dan jem rasberi untuk tenaga. Mak oiii satu satu lapisan akak cerita tu rasa macam menarik pulak puding ni. Ada rasa manis coklat dan masam mas rasberi tu. Nice flavour.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang lega bila dah selesai bab vaksin ni. Tapi, bab kesan sampingan tu memang tak ingatlah. Tak dan nak perasan gagah atau macho hahahah. Nasib baik lalu makan puding tu sebab ada rasa masam-masam.

      Nanti ada peluang, Fiza boleh cuba buat puding chia ni. Dah lapis-lapis banyak flavour begini memang yummeh!

      Padam
  7. Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini. Saya dah lama juga dapat dos kedua. 22 Julai lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah.

      Padam
  8. Alhamdulillah kak farrah selesai dah 2 dos, shida lambat lagi..#AZCLAN huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry, Shida. Insya-Allah, tak lama lagi je tu.
      Take the greatest care of yourself ya :)

      Padam
  9. Alhamdulillah kak farrah, dah setel dah! Saya pun badan lemau gak lepas cucuk second dose haritu, kakak masak lauk favorite pun tak lalu nak makan >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kita boleh buat entri Vaksin Merenggut Seleraku! Hahahah

      Padam
  10. alhamdulillah.. dh lengkap vaksin!
    bestnya puding chia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, Ezy. Kita boleh pelbagaikan rasa ikut selera. Nanti ada rezeki boleh cuba buat.

      Padam
  11. Alhamdulillah. Road to herd immunity.

    BalasPadam
  12. Makanan masam memang berkesan lawan rasa payau.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.