Sabtu, Oktober 30, 2021

Kardigan Helene Sabella daripada Kak Sheila Adziz

Assalamualaikum. Selamat Hari Sabtu!

Ini entri penghargaan tertangguh. Bulan lepas, giveaway anjuran Kak Sheila (Sheila Inspire) merupakan antara giveaway yang saya sertai.

Alhamdulillah, setelah diumumkan senarai pemenang, saya antara yang terpilih. Terima kasih Kak Shiela sebab maklumkan pada saya. Waktu tu memang agak sibuk,  tak sempat berblogging atau blogwalking sangat. Jadi tak keep track pun giveaway mana yang sudah tamat, mana yang sudah umum keputusan.

Menang apa? Saya menang Helene Cardigan, produk Sabella yang popular dengan tagline ‘benda tak payah gosok, buat apa nak gosok’ tu. 😊

Selepas selesai beri butiran kepada Kak Shiela, saya lupa terus tentang hadiah tersebut. Sehinggalah pada 14 Oktober, tiba-tiba terima notifikasi daripada pihak DHL yang maklumkan akan hantar bungkusan pada saya.

Inilah hadiah GA Sheila Inspire Dot Com yang telah saya menangi. Sehelai kardigan Helene berwarna hijau. Lembut dan sejuk kainnya. Selesa dipakai. Tulis entri sambil terngiang-ngiang lagu tema Sabella dalam kepala 😂.


Terima kasih banyak-banyak, Kak Sheila untuk kiriman hadiah ini. Teruja saya. Ini produk pertama Sabella yang saya miliki. 😊 Saya doakan Kak Sheila sentiasa sihat, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Moga perniagaan dan apa jua yang Kak Sheila usahakan akan dapat sambutan, segala urusan baik dunia mahupun akhirat dipermudah Allah.


Jom ramai-ramai singgah blog Kak Sheila!

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah kak. Cantik warna hijau tu. Sabella! Sabella!

    BalasPadam
  2. Kita pulak tersampuk nak nyanyi lagu sabella tu. Hahaha..
    Cantik warna hijaunya. Tahniah Kak Farrah :)

    BalasPadam
  3. sy pon ternyanyi skali.. sabella sabella.. benda xpyh gosok.. haha
    aduhai..
    tahniah kakfarah! alhamdulillah rezeki dpt cardigan.. =)

    BalasPadam
  4. tahniah..mmg slalu dgr iklan sabella hehe

    BalasPadam
  5. Wow bestnya.Jimat masa megiron.Hi3.

    BalasPadam
  6. tak sempat nak membeli warna ni.
    ijau emerald yg cantik!
    abis stok dah, farrah.

    aida got few lain sabella.
    blouse. senang, tak payah iron :)

    BalasPadam
  7. tahniahnyer., chuantekk hadiah kardigan helene sabella tuu ;p

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.