Isnin, Disember 06, 2021

3 sebab utama saya suka Mobrog

Ada atau tidak antara kalian yang suka buat tinjauan atau kaji selidik berbayar (paid surveys) dalam talian? Pernah dengar Mobrog? Haa... bagi yang kurang jelas, Mobrog ini juga merupakan salah satu platform kaji selidik yang akan bayar kita untuk kaji selidik yang kita sertai.

Mobrog antara yang mula-mula saya sertai dan rajin buat sehingga ke hari ini. Dahulu, semasa saya banyak terlibat tugasan di luar, kena jumpa orang, tunggu orang ... sambil-sambil tunggu orang tu memang rajin buat kaji selidik untuk isi masa. Sekarang tak seaktif dahulu. Dah malas menjawab soalan.

Tetapi, dari semasa ke semasa apabila ada kesempatan, saya memang akan buat kaji selidik Mobrog. Mengapa? 


Jemputan melalui e-mel.

Kita akan dapat jemputan untuk buat kaji selidik melalui e-mel atau terima notifikasi melalui aplikasi. Setiap kali ada kaji selidik baharu yang berpadanan dengan profil kita, Mobrog akan maklumkan. Jadi, kita tidak perlu susah payah cari kaji selidik mana yang hendak dibuat. Macam sesetengah platform kaji selidik, kita kena log masuk, jawab soalan saringan dan jika layak baru boleh teruskan dengan kaji selidik. Untuk saya yang malas ni, tu dah dikira usaha yang melecehkan. 😁

Ikut pengalaman saya menggunakan Mobrog setakat ini, apabila kita sudah lengkapkan profil seperti yang diminta, memang kaji selidik yang disarankan sesuai buat kita. Antara rajin dengan tidak sahaja untuk lengkapkan. Tidak adalah kena tendang separuh jalan kecuali kalau kita lambat buat dan kouta kaji selidik sudah penuh.

Lihat juga: Peluang Jana Pendapatan Sampingan dengan Tinjauan Berbayar (Paid Surveys)


Tidak perlu tunggu lama untuk tebus ganjaran.

Hanya USD6.25 diperlukan untuk membolehkan kita tebus ganjaran yang akan dibayar melalui Paypal, Skrill atau EcoMaster. Tidak ambil masa yang lama pun untuk kumpul. Satu kaji selidik bernilai antara USD0.19 - USD1.89 ... lebih kurang begitulah. Saya selalu akan buat kaji selidik yang 1 dolar ke atas sahaja. Buat dalam 4 ke 5 kaji selidik,  sudah boleh tebus. 


Bayaran berdesup! 

Ini paling saya suka! Sesudah tebus ganjaran, kita tidak perlu tunggu lama untuk amaun dikreditkan ke dalam akaun Paypal kita. Asalkan hari kita tebus tu hari bekerja, beberapa minit selepas tebus duit akan masuk. Tak percaya? Tengok notifikasi e-mel saya di bawah. Untuk bulan lepas, saya tebus tiga kali.


Pertama:


9.16 pagi tebus, 9.21 sudah terima pembayaran melalui Paypal.


Kedua:



Ketiga:


Best, kan? Kalau berminat hendak buat surveys Mobrog ni, daftarlah segera di sini


9 ulasan:

  1. Menarik info yg Farrah share ni, tq.

    BalasPadam
  2. Good one.. Boleh buat side income sambil baring2. Tq Farrah

    BalasPadam
  3. thanks share. boleh ni buat-buat duit kopi

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi rasanya yang dapat duit. Biasa tolong orang je lah jawab survey. First time jugak dengar Mobrog. Menarik juga dapat pulangan. Terima kasih share kak Farrah.

    BalasPadam
  5. Syoknya duit masuk berdesup..nak try lah, thanks for sharing..

    BalasPadam
  6. tak pernah dengar. Hari ni baru dengar Kak Farrah.. :)
    Nak try juga a..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.