Rabu, Disember 08, 2021

Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink untuk The Cenonets

Sekarang saya sedang sibuk sediakan gift box untuk The Cenonets (panggilan untuk anak-anak murid tuisyen saya). Lama dah tak jumpa sebab semenjak PKP sehinggalah sekarang saya tetap buat kelas secara dalam talian. Tiada kelas secara bersemuka dah. Jadi, memandangkan sudah hujung tahun, saya niat hendak belanja mereka. Tak ada belanja besar-besar pun... buat surprise gift box isi coklat sikit, biskut sikit. Nanti ibu atau bapa boleh datang ambil di dewan. 

Sewaktu sibuk sediakan barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kotak, seorang teman saya dapat tahu dan dia dengan senang hati sponsor dua kotak Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink supaya turut dapat dijadikan sebahagian daripada isi kandungan gift box.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bertambah meriahlah gift box saya. Selama ini saya hanya pernah dengar sepintas lalu tentang Beaukids atau produk Aafiyah ini. Inilah kali pertama tengok depan-depan.


Bukan main comel lagi Aafiyah dekat sini.

Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah BeauSiti X WonderLab

Difahamkan ini merupakan rangkaian minuman kolaborasi BeauSiti X WonderLab. Satu kotak ada 10 unit. Saya intai-intai di Shopee ada juga seller yang jual secara runcit. Satu kantung ini dijual sekitar RM6 - 7.

Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink perasa strawberi ini diperbuat daripada puri buah strawberi. Rasa not bad. Jangankan The Cenonets, saya dan Bott pun dapat seorang sepek. Tapi, kami kongsi satu pek. Itu pun makan masa nak habis. 

Bagi saya tidak keterlaluan manisnya untuk kanak-kanak. Mesti budak-budak suka. Lebih kepada minuman berjeli. Bolehlah dikemam-kemam dan nikmati jeli strawberi sebelum telan. Bott tabur jeli tu atas overnight oat dia.

Dari segi pembungkusan, menarik dan yang penting praktikal. Sesuailah untuk budak-budak pegang. Lagipun sekarang memang banyak produk minuman dijual dalam pembungkusan kantung bertiub begini.

Secara peribadi, saya suka packaging begini. Kalaulah di luar tu sos cili, sos tomato, mayones dan perasa masakan cecair dijual dalam bentuk sebegini, memang saya akan beli. Senang kan … nak guna picit sahaja. Tak tumpah, tak kecah. 

Berbalik pada Beaukids,  harga RM6 - RM7 untuk sepek. Berbaloi tak?

Oh, ini gambar gift box The Cenonets yang separuh siap. Baru terkial-kial susun barang. Belum hias apa-apa lagi. 😅



6 ulasan:

  1. beaukids ni ada nmpk gak masa dia launch aritu...
    nnt bole cuba cari juga laa...

    BalasPadam
  2. mahal juga, tapi biasalah 'brand' tu yang buat mahal.

    BalasPadam
  3. mahal sbb brand tu. mesti seronok cenonets tu dpt nanti...

    BalasPadam
  4. Kalau cecair, saya lagi suka packaging susu kotak Farm Fresh. In case terpicit pun takde masalah. Yang ni macam mudah ter slip bila pegang.

    BalasPadam
  5. Seronoklah cenonets dapat gift box yang macam macam ada. Siap ada beaukids lagi tu. Harga dia boleh tahan jugak kan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.