Jumaat, Disember 31, 2021

Sarapan Tiga Cucur

Assalamualaikum. Ini cerita sarapan pagi tadi. Saya buat cucur labu. Labu yang saya beli minggu lepas masih banyak berbaki. Ingat nak buat lepat labu tetapi perut dah lapar, kita cucurkan sahaja senang. Lepat labu buat lain kali.

Sedang menggoreng cucur, jiran sebelah laung suruh jumpa tepi pagar. Nek P beri cucur pisang. Alhamdulillah. Cucur labu di kuali masih digoreng, dapat pula cucur pisang panas-panas.

Belum sempat masuk rumah, ada motosikal masuk halaman. Jiran lama saya dalam perjalanan hendak ke hospital untuk temujanji sempat singgah bawa buah tangan. Jiran saya baru balik dari kampung. Jadi, banyak jajan yang dibawa untuk kami berdua. Tidak ketinggalan, hidangan sarapan juga. Guess what? Dapat cucur juga! Cucur jagung. 

Cucur jagung, cucur pisang dan cucur labu.

Alhamdulillah, rezeki saya dan Bott bersarapan tiga jenis cucur pagi ini. Nah, berusaha saya susun cucur-cucur dalam piring untuk dimasukkan ke dalam blog! Ni kira kenduri cucur ni. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. 


Cucur Labu untuk Minum Petang

Disebabkan pagi tadi dah banyak cucur, saya hanya goreng separuh adunan cucur labu saya. Selebihnya, kita jadikan sebagai hidangan minum petang.

Cucur labu kuning

Hendak kongsikan resepi cucur labu, saya agak-agak sahaja sukatan bahannya. Saya main campak-campak, asal lemak manis labu tu terasa dan bater cucur lembut gebu sudah cukup. Insya-Allah, nanti ada rezeki di kesempatan lain saya kongsi resepi cucur labu yang proper. 😊


Psst! Ada yang dah bertolak balik kampung ke tu? Atau pergi cuti-cuti? Jaga diri baik-baik ya.

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah dengan rezeki cucur.

    Semenjak dua menjak Ammi plg kerap buat cucurjagung sbb sikecik Ammi tu suka sgt

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Rezeki pelbagai jenis jemput2

    BalasPadam
  3. Ketiga-tiganya PC suka. Sedap tu makan panas-panas.

    BalasPadam
  4. Ingat buat 3 jenis cucur tadi. Hehe kenduri cucur.

    BalasPadam
  5. Memang kenduri cucur lah ye.. Menarik juga bila tengok cucur labu kak farah tu..

    BalasPadam
  6. Wah pesta cucur ni! Bestnya!! Teringin nak tahu rasa cucur labu!

    BalasPadam
  7. Nak masukkan gambar dalam blog memang kena gigih susun elok. hihi...cucur labu tu menarik perhatian sungguh. Rasa nak mencuba buat tapi kena buat sikit je lah untuk merasa. Husband bukan pemakan labu. huhu...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.