Isnin, Januari 10, 2022

Buat Roti Jala untuk Sarapan

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Pagi ini saya sarapan roti jala. Semalam tengah-tengah buat kerja tiba-tiba pula boleh terlintas hendak makan roti jala.

Lepas Subuh terus masuk dapur. Nak menebar roti, nak buat kari ayam … kuali leper dahlah ada sebuah je di rumah ni. Jadi, makan masa sedikitlah hendak siapkan rotinya.

Alhamdulillah, inilah hidangan sarapan saya.

Roti jala lembut gebu nyum nyumm

Resepi Mudah Roti Jala 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan campuran air + santan/susu. Biasanya saya guna 1 1/2 cawan air dan 1 1/2 cawan susu. Jika guna santan pula, saya campurkan satu kotak santan 200 ml dengan air sehingga dapat 3 cawan.
  • 2 sudu besar mentega yang dicairkan. Boleh gantikan dengan minyak masak atau marjerin.
  • 1 sudu kecil pewarna kuning atau warna pilihan lain. Tiada pewarna? Gantikan dengan sedikit serbuk kunyit cukup sekadar untuk kuningkan bater.
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam 
  • minyak masak secukupnya untuk melenser kuali leper
  • beberapa helai daun pandan


Jangan lupa, acuan roti jala kena adalah ya. Tidak kiralah acuan style lama atau yang jenis botol ada banyak muncung tu.


Cara-cara:

  1. Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. 
  2. Buat lubang di tengah mangkuk. Tuangkan susu, air, telur, pewarna, garam dan mentega yang telah dicairkan ke dalamnya. Masukkan air secara berperingkat. Jangan guna semua terus. Bimbang terlalu cair pula bater roti jala kita nanti.
  3. Kacau adunan menggunakan whisk hingga sekata dan tidak bergentel. Adunan perlu menjadi bater yang tidak terlalu pekat. *Jika ingin lebih mudah, kisar semua bahan di dalam pengisar makanan sehingga semua sebati.
  4. Tapis dengan penapis halus. Langkah ini tidak perlu seandainya kalian menggunakan kaedah kisar yang saya nyatakan di atas.
  5. Rehatkan adunan buat seketika.
  6. Panaskan kuali leper di atas api sederhana. Ambil beberapa helai daun pandan, gulung dan ikat dengan getah. Kemudian, lenserkan kuali menggunakan daun pandan yang dicelupkan sedikit minyak masak.
  7. Isikan sedikit bater ke dalam acuan roti jala.Tebarkan acuan membentuk juraian bulat. Biarkan masak seketika. Kemudian gulung. Ulang proses sehingga bater habis.
  8. Hidangkan bersama kari atau sanuk durian.

Selamat mencuba!

28 ulasan:

  1. suka juga roti jala tp tk pernh buat..order je slalunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji dapat makan roti jala kan... saya ni terpaksa gigihkan diri buat, tak jumpa nak order kat siapa heheheh

      Padam
  2. suka cicah kari ayamm. sedapp ni. kan
    rajinn Farh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Gabungan terbaik tu! Tak rajin mana, Cik Nor. Teringin punya pasal hehehe

      Padam
  3. Cantiknya k ejadian roti kalanya tu Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga yang tak cantik, Kak Amie. Yang itu kita simpan belakang kamera hehehe

      Padam
  4. Nak menjala tu kena awal, kalau tidak siap menjala pinggan pun licin. hahahaha.

    BalasPadam
  5. Aduuu lawanya roti jala. Aien buat tak pernah berjaya lagi. Done ss resepi. tadi pun buat kari ayam hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik dah tu... dah leh lawan dengan roti jala :)

      Padam
  6. aduhh aduhh lamanya tak makan roti jala...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Sebab teringin nak makan ... terpaksa rajinkan diri heheh

      Padam
  8. Dah lama tak buat roti jala. Boleh menjala ni kalau rajin. Kena buat kuah dulu..

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Alhamdulillah, Ayu. Lepaslah rasa teringin roti jala tu :)

      Padam
  10. cantik kejadian roti jalanya. kalau rajin boleh buat berwarna-warni dan digubah bentuk ros macam trend sekaran. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. warna warni.
      aneka rekaan. cantiknya!

      Padam
    2. Cantik dan kreatif betul yang buat bentuk bunga warna-warni tu kan... kagum tengok.
      Kalau saya, mahu sampai esok pagi pun tak siap lagi!

      Padam
  11. Bila dah terlintas dalam kepala tu, auto jadi rajin tetiba kan. Kalau tidak selagi tak dapat dia berlenggar lenggar dalam kepala. Makan masa pun puas hati dapat makan roti jala dan kari ayam. Lebih suka roti jala asli dengan pewarna serbuk kunyit macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang makan masa, fiza.
      berdiri tepi dapur, hu hu hu lenguh kaki :)
      tapi buat sendiri, lama pun onz.
      lelebih bila anak2 aida makan abis, ilang rasa penat td tu!

      Padam
  12. lama sungguh aida tak menebar roti jala, farrah.
    dok merayap menu lain, menu ni lama tak dihidangkan.
    sarapan atau minum petang, both sgt onz, kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi atau petang, dua-dua ONZ.
      Yang penting kena ada kuah yang kawww kan...

      Padam
  13. Wahh rajinnya. Tahu order je 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh ni jadi rajin sebab teringin nak makan puas-puas

      Padam
  14. rajinnya menjala.. hehehe.. Sedap tu dengan kari..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.