Khamis, Jun 09, 2022

Boleh Kita Kawal Di Luar Kawalan Kita

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Lama benar saya tidak menulis entri di blog ini. Dari bulan 5, hasrat hendak rajin dan aktif berblogging hanya tinggal hasrat. Tahu-tahu sudah bertukar bulan! Masuk bulan Jun, mood blogging masih sesat tidak jumpa jalan pulang. 

Hari ini barulah berpeluang masuk intai blog semula. 😁 Maaf ya belum sempat balas komen-komen yang kalian tinggalkan dan blogwalking.

Entri untuk panaskan enjin - sesuatu yang saya kira menarik untuk dikongsi. Selain kesihatan fizikal, keadaan kesihatan mental kita juga harus dititikberatkan. Tidak boleh pandang enteng. Untuk memastikan kesejahteraan minda kita, penting untuk kita sedar yang tidak semua perkara boleh kita kawal. Ada sesetengah keadaan, kita kena bersedia untuk lepaskan kerana bukan berada dalam kawalan kita.

Saya jumpa bahan grafik ini di Instagram. This is something interesting to ponder.

Kredit - by mellow doodles

Apa yang boleh saya kawal?

  • Berapa banyak berita yang dibaca dan ditonton.
  • Berapa banyak masa yang diluangkan di media sosial.
  • Ke mana tenaga kita hendak dihalakan. Tentunya ke arah perkara-perkara yang positif. Jangan buang tenaga pergi tangisi nasib diri!
  • Bagaimana saya berinteraksi dan melayan orang.
  • Bagaimana saya menenangkan diri.
  • Keputusan-keputusan yang saya buat.
  • Bagaimana saya menata/mengawal perasaan sendiri.
  • Bagaiman saya menjaga diri saya sendiri.

Apa yang di luar kawalan saya?

  • Bagaimana cara orang behave dan membawa diri.
  • Perasaan orang lain.
  • Pandangan dan idea orang lain.
  • Keputusan yang diambil oleh orang lain.

Empat di atas ini memang tidak perlu langsung input daripada kita. Jadi, jangan sibuk-sibuk nak take charge!



Ada apa-apa nak tambah tak? Jumpa lagi nanti!

7 ulasan:

  1. Yes.. kesihatan mental kita perlu dijaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kena seimbang mental dan fizikal 😊

      Padam
  2. yang boleh dikawal tu pun kadang-kadang saya dpt kawal kak...tipis sungguh iman

    BalasPadam
  3. haha. setuju. tapi yang boleh kawal sendiri tu pun kadang-kadang terkucil

    BalasPadam
  4. Yang boleh kawal kita kawal. Yang out of control tu kita la terpaksa control macam mana kita react.. :)

    BalasPadam
  5. Kadang2 yang 'boleh saya kawal' tu pun tak terkawal

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.