Isnin, Ogos 01, 2022

Hantar Pelukan Kertas

Assalamualaikum.

Salam 1 Ogos! Semoga bulan Ogos lebih baik untuk kita semua. Ogos bulan untuk negara kita. Ada yang sudah mula kibar Jalur Gemilang di rumat atau tempat kerja? 

Hari ini cerita tentang explosion box lagi. Ini kisah beberapa bulan yang lalu. Baru sempat terbitkan sebagai entri. Kad kotak atau explosion box di bawah ini saya anggap istimewa sangat. Kenapa? Istimewa kerana ini kad yang saya buat setelah berbulan-bulan tidak hasilkan sebarang kad ucapan. 

Tidak tahulah mengapa ... nak kata sibuk sangat tu, tidaklah. Tetapi, memang sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa di dalam bilik kraf untuk buat kad. Tempahan kad ucapan pun semua saya tolak. Nak buat untuk suka-suka jauh sekali. Mungkin sedikit tertekan dengan rutin kerja ... penat ... semua tulah bergabung jadi faktor penyebab. 😁

Satu hari, saya terima perkhabaran yang salah seorang kenalan crafter saya jatuh sakit. Kemudian, ada masalah lain pula menimpa dirinya. Walaupun pada mulanya kami kenal atas dasar sama-sama minat card making, selepas itu kami jadi kawan baik dan dia merupakan antara confidantes saya. She's one of my low-maintenance friends - kawan yang kita tidak perlu selalu jumpa, tidak payah call setiap hari, tapi kita tahu dia ada. 

Dengan dia, tidak perlu risau dia kecil hati ke apa kalau saya lambat balas Whatsapp. Lazimnya, saya baca Whatsapp melalui notifikasi di jam tangan, memang selalu lupa balas. Sebulan lepas tu baru balas pun tak ada hal. Kadang-kadang, Bott yang kena ingatkan saya, mesej A dah balas? Andai ada hari saya rancak berbual dengan A, mesti lepas tu dia akan tanya, dah berapa bulan korang tak sembang? Sebab memang betul-betul banyak bulan! 😂

Disebabkan hendak hantar titipan istimewa buat sahabat saya yang seorang ini, gigih saya siapkan explosion box di bawah. Lama tak main potong-potong tampal-tampal, sakit pinggang juga dibuatnya. 


A Paper Hug

Explosion Box - Sending A Hug

Alhamdulillah, berjaya disiapkan! Saya buat explosion box tema warna merah dan hitam. Sudah beberapa kali juga saya gunakan kombinasi warna yang sama sebelum ini. Cuma selain tema warna, saya turut selitkan corak dan motif Jepun + motivational quotes. Kiranya, selain hantar pelukan kertas, hantar kata-kata semangat sekali untuk dia.


Pelukan dalam kertas :)


Bersungguh-sungguh bungkus di dalam kotak hadiah, balut dengan beberapa lapisan bubble wrap supaya kad sampai dengan selamat tanpa kemek atau cela.


Bahagian dalam explosion box - lapisan atas.

Saya turut hantar juga beberapa material kraf yang saya rasa kawan saya akan suka. Ada pek kertas kraf tema vintage dan juga pita washi. Kaki kraf kalau dapat sakit, barang-barang begini memang boleh buat obat hahaha!

Kad kotak selamat diterima. Tuan punya diri punyalah teruja. Saya pun teruja sama sebab dah berjaya pecahkan fasa berbulan-bulan malas buat kad. Mudah-mudahan, selepas ini angin rajin buat kad ucapan akan dapat dikekalkan.

9 ulasan:

  1. Ya Allah comelnya dapat box mcm ni. So excited kalo Aien dapat. Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Box ni ada orang buat sampai 3-4 layers, Aien. Itu lagilah seronok nak explore. Tapi akak pemalas, dua layers pun dah juling-juling mata :)

      Padam
  2. ada kawan yang sama berkongsi minat ni memang seronok. cantiknya explosion box ni. meletup-letup hati penerimanya. untung sape jadi boifren kak Farrah ni, memanjang dapat hadiah sweet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, bahaya gak tu kalau sampai meletup-letup hatinya! Boipren tak payah kasi kad-kad begini... dia yang kena kasi kita hahaha

      Padam
  3. cantiknya.. memang perlu kesabaran dan ketelitian ya

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.