Selasa, Oktober 11, 2022

Resepi Air Fryer - Kacang Buncis Bawang Putih

Hari ini saya ingin kongsi satu resepi sayur mudah dan sedap - kacang buncis bawang putih. Biasanya, kacang buncis ini digoreng sahaja. Tetapi, kali ini saya masak kacang buncisnya di dalam air fryer.


Kacang buncis bawang putih

Resepi Kacang Buncis Bawang Putih

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kacang buncis dibersihkan dan dipotong
  • 3 - 5 ulas bawang putih, ditumis dengan sedikit minyak sehingga garing
  • Chili flakes sesuai cita rasa
  • Bijan putih yang telah disangrai secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan potongan kacang buncis. Masak selama lebih kurang satu minit untuk dapatkan tekstur kacang buncis yang lembut.
  2. Setelah satu minit, keluarkan dan tus kacang buncis.
  3. Gaulkan kacang buncis dengan beberapa titis minyak masak dan masak di dalam air fryer pada suhu 170 - 180 darjah celcius selama 5 - 8 minit. Suhu dan tempoh memasak bergantung kepada air fryer masing-masing.
  4. Taburkan dengan chilli flakes, bijan yang disangrai dan tumisan bawang putih garing tadi. Perasakan dengan garam.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Jika kalian ingin langkau langkah 1 dan mahu masak terus kacang buncis di dalam air fryer pun boleh. Tiada masalah. Tetapi hasilnya tidak sama ya. Andai tidak dicelur di dalam air panas terlebih dahulu, setelah dimasak kulit luar kacang buncis akan jadi terlalu berkedut dan warnanya lebih coklat. Isinya juga tidak selembut kacang buncis yang dicelur.

Tiada air fryer? Goreng kacang buncis seperti biasa. Sedap juga.

Ada satu lauk ni makan dengan nasi panas dah cukup dah. Tak pandang lauk lain. Ratah begitu sahaja pun lazat. 

Ingin sesuatu yang lebih lazat? Saya sarankan, tabur nasi kalian dengan kepingan rumpai laut. Seaweed tu, tidak kiralah jenama Tao Kae Noi atau jenama lain ... ada perasa atau tidak ... ramas-ramaskan sehingga jadi kepingan kecil separa hancur. Tabur ke atas permukaan nasi, makan dengan kacang buncis. Yummeh!

Selamat mencuba!







13 ulasan:

  1. Tetiba terasa nak Google rupa bentuk kacang buncis, dekat kepala terbayang kacang panjang pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buncis ni boleh dikira sebagai adik-beradik kacang panjang 😊

      Padam
  2. sedapnya kacang buncis goreng ni, simple resepinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Tiara. Kunyah-kunyah tak sedar habis sepinggan.

      Padam
  3. Hehee x pernah try goreng sayur guna air fryer lagi ni...

    BalasPadam
  4. Akk selalu goreng kacang buncis bersama telur. Tapi resepi ni nampak menarik, nak cuba Dapat bayangkan nasi yg ditabur seaweed tu sebab baru makan hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang buncis dengan telur tu all time favourite tu! Yummeh! PH kena cuba makan dengan seaweed. Nyumm nyummm!

      Padam
  5. menariks ni..leh cuba. tq for recipe!

    BalasPadam
  6. suka sukaa kacang buncis sedapp . Mudah guna ni x perlu minyak kan

    BalasPadam
  7. Menarik.. Selalu tumis je.. Ini satu kelainan untuk lauk.. TQ share kak farah..

    BalasPadam
  8. Satu olahan resipi yang menarik ni. Terima kasih share resipi. air fryer takde, saya suka tumis dan campurkan dengan lobak merah atau masak sayur campur.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.