Jumaat, Januari 20, 2023

Tauhu Marmite dan Cucur Labu

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Jumaat.

Ini bekal saya. Tauhu Marmite dan cucur labu. Pagi tadi buka peti ais tengok ada beberapa ketul tauhu dan hirisan labu. Apa lagi, cepat-cepat saya proses supaya jadi sesuatu yang sedap dimamam. Cucur labu is my favourite! Sedang sibuk menggoreng, sempat jugalah beberapa ketul cucur labu masuk ke mulut. 😁

Sebenarnya, saya ada banyak urusan di luar. Tidak pasti selesainya pukul berapa. Jadi, saya bawalah bekal siap-siap di dalam siya. Kalau perut mula berdengung, bolehlah makan cucur labu dan tauhu ini buat alas perut. Tak perlu kalut dan pening kepala cari kedai. Musim nak raya Cina ni, faham-faham sahajalah sesaknya macam mana.

Tauhu Marmite dan cucur labu

Tauhu Bersalut Sos Marmite

Saya memang penggemar Marmite sejak kecil. Saya suka makan dengan bubur ayam. 😊 Dah tua ni pula, apabila hendak makan sesuatu yang cepat dan mudah dimasak ... yang boleh pancing selera ... saya sediakan spageti atau makaroni Marmite. Lihat resepinya di sini. Waktu terlebih rajin, saya buatlah juadah ayam Marmite yang menyelerakan seperti di restoran Cina Muslim tu.

Penyediaan tauhu Marmite ini tidak sukar. Panaskan kuali, masukkan sedikit mentega. Biar mentega panas dan mencair sebelum dimasukkan lebih kurang 1/2 ke 1 sudu besar Marmite. Resepi ini agak-agak sahaja. Pandai-pandailah imbangkan rasa antara mentega dan Marmite asalkan kena dengan selera. 

Bagi yang baru pertama kali hendak mencuba, disarankan kalian mula dengan sukatan yang sedikit dahulu. Andai tidak cukup, barulah ditambah lagi. Marmite ni rasanya kuat. Nanti dah terlebih letak, tidak menjadi pula sos Marmite kita. Jika rasa perlu, boleh masukkan sedikit air.

Masak seketika hingga kuah Marmite memekat sedikit. Masukkan dalam 1/2 ke 1 sudu besar minyak bijan . Kacau sebati kemudian curahkan ke atas ketulan tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu. Taburkan  dengan sedikit bijan putih yang telah disangrai. Saya ada lebihan daun kucai. Masuk sekali. Siap!

Andai tiada stok Marmite di rumah atau kalian rasa tidak berbaloi untuk beli satu botol tu kerana tidak makan sangat… boleh cuba beli Sos Marmite jenama Yakin. Teksturnya lebih ringan (berbanding Marmite asli yang dalam pes pekat) dan boleh terus digunakan dalam hidangan. Sebelum ini pun, saya pernah kongsi resepi Tauhu Marmite versi ekspres

Yakin Marmite Sauce 

Ingin cuba? Boleh dapatkan di sini. 

Saya biasa beli melalui kedai rasmi Yakin di Lazada. Yakin sekarang ada banyak sos pilihan yang menarik untuk digunakan dalam masakan. Servis dan layanan pekerja mereka pun tiptop. 

Okey, itu sahaja cerita hari ini. Maaf, saya masih belum sempat blogwalking kunjungi blog kalian. Insya-Allah, hujung minggu ini saya datang jalan-jalan.

5 ulasan:

  1. maknanya saya kena beli sos ni laa baru boleh cuba resepi ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak yang senang easy peasy beli yang sos tu la… kalau tak boleh pakai Marmite dalam botol. Nak lagi senang, meh datang sini saya masakkan 🥰

      Padam
    2. sbnr nyaaaa.... sy mmg mengharapkan jawapan yg last tuuuuuuuuuuuuu yuri tolonggggggggggggg

      Padam
  2. Nampak menyelerakan.. pasti enak.

    BalasPadam
  3. Tengok tauhu kak Farah tu je da menggoda.. Ada nampak juga sos Yakin tu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.