Pages

Jumaat, Mei 03, 2024

Maggi Goreng Sayur Lebih | Ubi Rebus Goreng

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Pagi ini, bangun-bangun sahaja sudah terasa lapar. Terus buka peti ais, tengok apa yang boleh diusahakan. Kebetulan ada seketul dua lebihan ayam goreng lauk semalam. Ada sayur sawi. Pergi intai pantri, ada mi kering. Alhamdulillah, cukup bahan-bahan yang diperlukan. 

Bott, nak maggi goreng sayur lebih, pleaseee! 

Kena mengendeng Bott siapkan sarapan. Saya perlu uruskan Si Yuri dan Rhea pagi-pagi ni. Hari ini hari budak dua ekor tu  kena mandi dan grooming. Bulu masing-masing dah macam bulu musang dah!


Tadaaaaaa!

Maggi goreng kari

Maggi goreng siap! Maggi goreng sayur lebih. Resepi campak-campak Bott. 

Mi kering (maggi) tu guna mi kering jenama Vit’s yang jenis air dried. Saya memang suka guna mi goreng Vit’s berbanding mi kering yang lain. Tetapi, kalau tak jumpa Vit’s, kadang-kadang saya beli in house brand Lotus’s. Itu pun okey juga.


Ubi Rebus Goreng Berempah

Selain maggi goreng, pagi ini ada ubi rebus goreng berempah juga.

Ubi rebus goreng


Sebelum ini, dapat beberapa tongkol ubi kayu. Saya rebus siap-siap, perap dengan bawang merah, bawang putih, ketumbar dan serbuk kunyit, seterusnya didinginbekukan. Senang nanti… apabila teringin, bolehlah digoreng buat minum pagi atau minum petang.

Selamat bersarapan kawan-kawan!


6 ulasan:

  1. linda pun ada stok megi kering jugak...senang kalau tetiba nk buat maggi goreng ke...

    BalasPadam
  2. Kaan jadi teringin juga bikin mee goreng 😄.

    Kalo stok mie kering di rumah pun saya selalu sedia. Utk masak di saat buntu mau buat apa 😅

    Ohh simple je buat ubi goreng rempah itu yaa.. nantilah nak coba. Biasa saya hanya rebus saja 😅

    BalasPadam
  3. lapar laaa pula tgk megi goreng hehehe

    BalasPadam
  4. Nak masak ni kena kreatif guna apa yang ada. Hasilnya tak mengecewakan. Teringin pula maggi goreng. Wahh rare lah menu ubi rebus goreng berempah ni. Macam menarik je. Boleh cuba dimasa akan datang. Saya peminat ubi kayu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.