Tapau Woodfire Smoked Beef Burger

Isnin, September 02, 2024

Woodfire Burger | Pernah makan Woodfire Burger tak? Sejak mula burger ni tular beberapa tahun dahulu, saya memang terliur tengok ‘rupa paras’ burger-burger yang dijual. Nampak tempting sangat! Tetapi, saya bukan jenis yang rajin jalan-jalan merata pergi food hunting cari makanan viral. Kalau jumpa, kira rezeki… tak jumpa… atau andai lokasi tempat tu jauh, kita diam-diam sahaja. 


Alhamdulillah, baru sekarang ada rezeki untuk merasa makan Woodfire Burger. Adik-adik saya pergi makan di salah satu cawangan Woodfire Burger di TTDI. Saya tidak turut serta. Jadi, mereka tapaukan untuk saya dan Bott seorang satu.

Woodfire Gourmet Burger

Di Woodfire Burger, ada banyak pilihan burger yang boleh memancing selera korang. Antaranya, Brisket Burger, Mushroom Burger, Double Patty Mix, Smoked Burger dan BBQ Burger. Burger untuk vegetarian pun ada tau!

Saya berpeluang menikmati Woodfire Smoked Beef Burger. Daging (boleh pilih daging ayam  atau lembu) yang diapit roti lembut, dilapisi dengan beef bacon, keju, salad, hirisan bawang dan diperisakan dengan sos BBQ & Woodfire telah berjaya tambat tunas rasa saya.

Tengoklah gambar di bawah ni. Berlapis-lapis isi burgernya. 

Woodfire Burger | Smoked Beef Burger

Memang sedap! Semasa menulis entri ini pun, terbayang-bayang keenakannya. 

Dari rotinya yang lembut gebu sehinggalah ke daging dan keju, semua cukup rasa. Apa yang penting, patty burgernya sangat juicy. Tidak kering. Setiap gigitan atau suapan memang flavourful. Pendek kata, puaslah makan burger Woodfire ni. Kenyang sampai ke malam. 😂

Korang pernah rasa Woodfire Burger? Ada saranan tak lepas ini hendak cuba burger yang mana? Saya fikir, mungkin nanti cuba Brisket Burger pula.

Psstt! Burger ‘penuh mulut’ begini buat saya teringat pada Monster Tower Burger 4Fingers. Tidak pasti sama ada masih ada lagi ataupun tidak pilihan burger ini di sana.


9 ulasan

  1. ammi tak pernah pun rasa lagi. ammi kan tak pandai betul makan burger kalau tinggi melangit camni. jadi malu pun nak nganga besar2 ahakss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ammi. Kalau makan burger begini, kena bahagi-bahagi lapisannya 😂

      Padam
  2. ada je buka kedai ni kat area rumah MA, tapi tu la..Ian & Iris x nak.. ramai ckp brisket burger nya sedap.. nak try la nanti.. take away je pun boleh
    kannn...

    BalasPadam
  3. pernah dengar tapi belum penah makan. kat arra saya ni rasanya belum ada lg caw woodfire ni...tp.kalau g memana n jumpa resto ni sy songgah insya allah

    BalasPadam
  4. Memang sedap! Pernah makan sekali je, tapi kesedapan dia tu masih terasa-rasa lagi. Saya pun pesan smoked dan gourmet. Tapi itulah nak repeat pun macam malas sebab sentiasa ramai orang je. Teringin nak cuba menu platter pulak.

    BalasPadam
  5. Kalau di Seremban ni besar juga 2 tingkat. Tapi kalau di Nilai, tak suggest sebab ruangnya agak sempit macam tak sesuai untuk makan ramai-ramai.

    BalasPadam
  6. Kemarin kan kak, saat di KL saya tak sempat ke woodfire. Trus di Penang ada, tp tuhlah tak sempat juga 🤣. Padahal adik saya dah teringiiiin.

    Tapi mudian baca tulisan Abang Afif, dia kata di Indonesia ada 🤣🤣🤣🤣. Langsung saya cari, syukurnya ada 1 cabang yg tak jauh sangat dr rumah. Nanti nak cobaaaa. Pasti kenyang lah ini, tebal sangat isian dia

    BalasPadam
  7. mmg sedap beger woodfire...pernah mkn yg brisket tu sedapppppp..mmg kenyang smp mlm sbb gemok isinya padat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.