Nasi Goreng Dabai | Doa Pagi

Jumaat, Oktober 04, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Penghulu Hari.

Minggu ini entah apa yang disibukkan sangat entah… hari Jumaat baru saya ada peluang intai blog. 

Sudah sarapan? Kongsilah sedikit kalian sarap apa. Pagi ini Cekengah ada dengan saya. Jadi, kami sarapan bertiga. Ramailah sedikit hahahah. Saya buat nasi goreng dabai untuk makan pagi. Ada baki buah dabai frozen di dalam peti dingin beku, saya jadikan rencah nasi goreng.

Nasi Goreng Dabai

Nampak tak yang hitam-hitam itu? Itulah dabainya. Laku keras kalau letak dalam nasi goreng. Laju je Bott dan Cekengah makan sebab sedap rasa lemak dabai tu bercampur dengan nasi. 

Kalau suruh makan begitu sahaja, mereka berdua tidak pandai. Biasanya, saya je yang happy enjoy makan dabai cicah dengan kuah kicap sorang-sorang.

Alhamdulillah, perut dah kenyang. Saya hendak siram dan kemas pokok-pokok di balkoni, kemudian gerak ke gym. Mudah-mudahan, selamat sampai ke sana tanpa lencong ke tempat lain. 😆

Doa untuk Pagi Ini 

Instagram Imam Muda Hassan

Semoga urusan kita semua mudah dan berjalan lancar hari ini. Aamiin.

7 ulasan

  1. aamiin.... moga yg baik2 juga utk kita semua..aamiin
    emm, sedap nampak nasi goreng tu..alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Selalu berangan hendak buat nasi goreng dabai. Sayangnya belum bertemu jodoh dengan dabai ahaks!

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan dabai ni, tp selalu juga tengok kawan2 blogger kongsi... Mungkin boleh ushar² lepas ni

    BalasPadam
  4. Lepas baca entri ni CCL terus google search 'dabai' .. sejenis buah yg popular di sarawak rupanya

    BalasPadam
  5. lapo laa pulak tgk nasi goreng ni hehehe
    aminnn aminnn aminnnn

    BalasPadam
  6. Saya googling dulu dabai itu apa. Tak pernah dengar apalagi rasa. Ternyata memang buah ini banyak di pulau Kalimantan yaa, yg mana di Sabah Serawak juga.

    Lihat buahnya macam buah Jamblang, tp bagian dalamnya tak sama

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.