Singgang Daging Budu
Khamis, Disember 26, 2019
Sebelum kalian teruskan bacaan, ini entri peram ya. Sudah lama tersimpan dalam bahagian draf. Baru sekarang jadi entri. 😉
Singgang daging ini dah lama dah saya buat. Pembetulan. Bott yang buat. Kalau bab singgang daging, ini memang kepakaran Bott. Saya pakar bab makan dan habiskan je.
Sebenarnya, daging lembu bukanlah protein pilihan utama dalam menu di rumah. Kami jarang masak lauk daging. Raya haji beberapa bulan lepas, alhamdulillah banyak pula rezeki dapat daging segar. Jadi, macam-macam menu daging yang disediakan.
Antara yang paling dapat sambutan hingga licin periuk ialah singgang daging budu. Beginilah rupanya. Sedap dinikmati panas-panas. Rasa daging yang bergabung dengan masin budu memang sangat awesome!