Garlic Bread Jadi Pilihan

Rabu, Ogos 13, 2014

Saya perasan dari minggu lepas lagi. Entri resepi Garlic Bread menjadi antara entri top FAMF Tower. Selain daripada entri guitar chords dan kraf, beberapa kali jugalah Garlic Bread 'mendominasi' carta statistik harian. 



Aikk,..apahal tiba-tiba jadi hot lak entri ni? Hehehe, maybe orang dah muak makan ketupat rendang musim raya ni,..tekak kena beralih angin pula. Ok, siapa-siapa yang berminat nak buat garlic bread, jom terjah entri saya ni :)




Resepi Ayam Kari Tumis Bercili

Isnin, Ogos 11, 2014

Satu lagi resepi mudah untuk dicuba!

Ayam Kari Tumis Bercili


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
  • 4 siung bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
  • 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
  • 7 biji belimbing buluh (belah dua)
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 100ml air
  • 100ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak utk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap. 

Nota Senyum: Boleh juga buat lauk ni untuk makan dengan roti jala :)


Jom Buat Kerepek Biji Durian

Pernah makan kerepek biji durian tak? Sedap tau. Rasanya macam kerepek ubi cuma lebih lemak. Rangup! Kalau makan tu memang tak boleh berhenti. Awas, jatuh dagu tu nanti!

Kerepek Biji Durian

Inilah rupanya kerepek biji durian. Tak susah pun nak buat. Yang penting, biji-biji durian perlu dikumpul terlebih dahulu. Hmmm, untunglah bagi yang suka makan durian tu. Baru berbaloi buat sebab banyak sikit kerepek yang dapat dihasilkan. Kalau macam saya ni, setakat makan dua tiga ulas, buang jelah bijinya.

OK, berminat dengan Resepi Kerepek Durian? Jemput singgah entri 2011 saya. Sila klik pautan di bawah ye :)