Tempe Tumis Kicap dengan Biji Buah Cempedak
Jumaat, Februari 14, 2014
Ini satu lagi hidangan yang guna biji cempedak. Lauk 'Tempe Tumis Kicap'. Sedap, ringkas dan mudah sangat nak disediakan!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara Penyediaan:
Dah boleh makan!
Lihat entri ini juga: Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak.
Resepi Tempe Tumis Kicap
Bahan-bahan yang diperlukan:
- tempe - (potong nipis-nipis dan kemudian digoreng sehingga masak)
- 2 labu bawang besar - potong bulat
- 7 - 10 biji cili api (ikut citarasa)
- biji cempedak yang direbus (kupas kulit dan belah dua)
- 3 sudu besar kicap
- garam secukup rasa
- minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan cili api dan tumis seketika. Kemudian, masukkan tempe dan biji cempedak. Gaul hingga sebati.
- Masukkan kicap. Perasakan dengan garam.
Dah boleh makan!
Lihat entri ini juga: Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak.