Ayam Masak Cendawan ala Cina

Rabu, Februari 26, 2014

Ok. Hari ni kita masak ala-ala Chinese food. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini ialah:
  • 300g ayam (potong kecil)
  • 1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
  • 5 batang cili kering 
  • 5 butir bawang putih (hiris nipis)
  • halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa
  • 1-2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.
  3. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.
  4. Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. 
  5. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.
Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap. Hidangan saya kali ni warnanya gelap sikit sebab terlebih kicap pekat. Cili kering pula semua terbenam kat dasar mangkuk. Selamat mencuba!
Ingat lagi tak lagu ni? Saya suka 'Putih-putih Melati' sebab susunan lagunya catchy! Lirik pun macam comel-kiut je. So, lagu ni termasuklah dalam senarai 'wish list' lagu gitar saya. Sooooo easy! Senang je :) Jom try.




Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Putih-putih Melati - ST12



(Intro)
F G E Am
F E Am

Am
Siapa bilang aku seperti dia
F
Siapa bilang aku cintai dia
G
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
C E
karna kau tak seputih melati C E

Am
kalau ada hitam pasti ada putih
F
jika hatimu kelam tak mungkin bersih
G
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
C E
karna kau tak seputih melati ohhhh

(Chorus)
Dm G
putih-putih melati
C Am
merah-merah delima
Dm E
siapa yg baik hati
Am A
pasti ku terima oh ohh...

Dm G
putih-putih melati
C Am
merah-merah delima
Dm E
siapa yg baik hati
Am
pasti ku terima.

*Lagu ST12 'Bidadari Bumi' & 'Lentera Hati' pun best jugak tau!



Perutusan dari London

Selasa, Februari 25, 2014

I got mail! Tengok setem kepala Queen.
Wahhh, dapat warkah dari orang jauh!
Bila buka, ada kad birthday comel daripada adik dan adik ipar saya.
So sweet & very thoughtful of them.

Comel tak? Jauh kucing ni travel dari London.




Tutorial Kraf - Cara Guna Corner Punch

Isnin, Februari 24, 2014

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf FAMF TOWER ye. Sebelum ini saya pernah menulis tentang 'Corner Punch' (baca entri berkenaan di sini), jadi hari ini saya hendak tunjukkan cara menggunakan corner punch seperti di dalam gambar di bawah.

Corner punch

Cara 1
Secara asasnya, kita hanya perlu selaraskan bahagian bucu kertas yang kita ingin tebuk supaya kena dengan sudut pada plat putih tersebut. Kemudian, tekan butang bulat putih di atas tu (kena guna kudrat sedikit ya ...) Hasilnya, seperti gambar di bawah.

Cantik tak?

Cara 2

Selain daripada untuk buat kemasan pada bucu kertas, corner punch jenis yang ini boleh juga digunakan sebagai border punch. Maknanya kita boleh hasilkan sebaris pattern yang sama pada bahagian tepi kertas. Hanya perlu tanggalkan plat plastik putih tu. (Sila lihat gambar.)

Setelah plat putih ditanggalkan, kita dah boleh guna untuk tebuk bahagian sisi kertas.

Kemudian, tebuk secara berulang untuk dapatkan corak yang seragam. Lipat atau potong lebihan kertas yang bersisa.

Tak perlu 'border punch' untuk hasilkan pattern ini ;)

Mudah saja kan? Satu craft punch, dwifungsi. Kebiasaannya, harga craft punch ini (bergantung kepada jenama dan kualiti sekitar RM12 - 35 sebiji). Tapi, kalau hendak murah, boleh dapatkan macam yang saya punya ni di DAISO, RM5 sahaja!


Jika ada sebarang pertanyaan mengenai material atau peralatan kraf, tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi saya melalui email.