Let's FIKA

Isnin, Januari 12, 2015

Assalamu'alaikum. Happy Monday! Dah pukul sebelas lebih ni. Saya di luar, melunaskan urusan-urusan untuk hari ini. Sempat break untuk fika (fee-ka) sekejap. Well, fika ni sebenarnya satu amalan orang Sweden. Fika bermaksud coffee break. Maknanya kita ambil masa untuk berehat sekejap (normally from work or daily routines) untuk minum kopi, teh atau jus sambil cicip-cicip something sweet. Roti manis ke, pastri ke,...

Ini fika saya untuk hari ni - Hot Cappucino and Inari Cheese Roll.
Jom fika!


8 Perkara yang Perlu Buang Segera

Ahad, Januari 11, 2015

Saya dapati poster mini di bawah sangat sangat menarik! Karen Samansohn, (credit goes to her for sharing this) senaraikan 8 perkara yang perlu dikikis dari diri untuk nikmati hidup yang lebih content, ceria dan bahagia :)

Credit - Karen Salmansohn

Saya paling berkenan dengan nombor 2, 6, 7 & 8. No. 5 tu pun penting kalau nak amalkan cara hidup sihat. Jangan manjakan diri sangat dengan benda-benda manis bergula ni. Senyum manis tak apa :)

  • Berkata 'YA' walaupun hati dan minda memberontak kata 'TIDAK' - Kadangkala kita kena belajar cakap tidak. Jangan asyik menurut demi nak jaga hati atau tunaikan permintaan orang lain. Apabila kita buat perkara yang kita tidak suka/tidak rela, kita akan tertekan....macam mana nak happy?
  • Overthinking - Terlalu berfikir atau terlebih fikir ni boleh jadi penyakit yang makan diri. Over-scrutinizing boleh buat kita risau. Tarik nafas dan bertenang. Ingat, tak semua perkara boleh berada dalam kawalan kita.
  • Kerap merungut - This is very unhealthy. Kalau kita kerap merungut, itu tak kena,..ini tak kena,...kita lupa untuk bersyukur atas nikmat-nikmat lain yang kita peroleh. Cuba bangun setiap pagi dengan tekad untuk lalui 1 hari bebas rungutan. Start counting your blessings and you'll smile from ear to ear =)
  • Takut akan kegagalan - Belum cuba belum tahu. Jangan asyik runsing fikirkan perkara yang negatif. Nanti apa yang mahu kita lakukan awal-awal dah temui jalan buntu.
Macam mana? Bersedia nak buang mana-mana dalam senarai di atas yang ada dalam diri kita? I do. Kita cuba sama-sama ye :)

Have an enjoyable Sunday!


...daripada Shikin lagi =)

Rasanya sepanjang 2014, saya dapat pelbagai ole-ole dan pemberian daripada Shikin. Alhamdulillah, utusan pertama untuk tahun ni pun daripada Shikin juga. Senyum akak dah habis lebar dah, Shikin! Orang lain kalau tengok nampak macam menyeringai pun ada (salah bawak karakter huhuhu). Excited bebenor  nampak sampul surat besar atas meja with your handwriting :)

Hadiah daripada Shikin

Hadiah ini sebab saya jadi one of the top commentators blog Shikin, untuk November - Disember 2014. Ramai lagi rakan-rakan dan adik-adik blogger yang dapat hadiah tanda penghargaan. Shikin ni betul-betul pemurah. Dia suka kasi hadiah. Betul kan, Shikin kan...kan... :) Tak percaya? Cuba baca entri Shikin yang ini. Sampai 3 jam dia dok packing hadiah-hadiah yang nak diberi.

Saya dapat:

Resepi Mudah - Kentang Bakar Rosemary

Sabtu, Januari 10, 2015

Satu lagi resepi berasaskan kentang yang sangat mudah untuk disediakan.

Kentang Bakar Rosemary


Bahan-bahan:
  • Beberapa biji kentang. Bersihkan, potong memanjang. Jika nak lebih berperisa dan nak dapat khasiat kentang sepenuhnya, tidak perlu buang kulit. Untuk hidangan kali ini, saya kupas kulit kentang kerana nak leach; - rendam untuk kurangkan kandungan potassium. Jadi, Cekebon yang on low potassium diet boleh makan sama :)
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 siung bawang putih (dititik dan buang kulit)
  • beberapa tangkai rosemary
  • garam secukup rasa
  • sedikit parutan kulit lemon