Tak mahu 'flatline',...
Selasa, Januari 20, 2015
Sukalah poster ni! Kalau tak ada turun naik dalam hidup, maknanya kita dah,.... toooooooooooooooootttttttttttttt!
Selamat memulakan hari! Saya tengah mendidik sabar dekat klinik ni. Rasanya tekak kena infection sebab degil dua tiga hari ni makan sotong. Ramainya orang yang tidak sihat! Moga semua akan cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan sempurna.
Sambil menunggu giliran, makan popia beli kat cafe. Offer mak cik yang duduk kat sebelah saya. Dengan sedih dia geleng, "Tak boleh makan lagi, belum check gula." Ala kesiannya. Dah pukul 10 ni. Dahla kena puasa dari malam tadi. Sabar banyak-banyak ye, mak cik. Bertahan ye....(popia terus masuk beg!)
Book Challenge - A Book by A Female Author
Isnin, Januari 19, 2015
OK. Saya nak mula tulis entri berkenaan Book Challenge pula. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca entri di bawah ni:
A Book by A Female Author
A Book by A Female Author
Sumber Imej - Goodreads |
Tajuk: Just One of The Guys
Penulis: Kristan Higgins
Bahasa: Bahasa Inggeris
Watak-watak: Chastity O'Neill, Trevor Meade
Tahun diterbitkan: 2008, Harlequin Books
Menjadi Chastity O'Neill bukan mudah:
Sebelum ni saya dah cerita tentang hajat hati yang nak buat Book Challenge kan? Baca mengenainya di sini. Haaa,..ini satu lagi cabaran yang menarik untuk disahut. Money challenge. Tahun ni saya memang berazam nak menyimpan lebih banyak RM :) 52-week Money Challenge ni akan jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung' saya. Mudah-mudahan by the end of 2015, saya akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.
2015 Money Challenge |
Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Mudah je sebenarnya,..berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu dalam tahun tu. Minggu pertama RM1, minggu ke 32, RM32 lah. Sekarang ni dah minggu keempat, jadi jumlah tabungan sepatutnya dah ada RM10 =)
Tetapi, saya cadang nak buat modifikasi sedikit. Saya fikir saya nak buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, minggu ini ikut minggu ke - 4,.. minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)