Lempeng Jagung aka Creamy Corn Pancakes

Rabu, Februari 11, 2015

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempeng jagung ni. Aku memang suka sangat apa-apa hidangan yang ada jagung. Suka pada rasanya yang lemak manis. Tetapi untuk resepi kali ni, aku guna krim jagung dalam tin saja.

Resepi Lempeng Jagung @ Creamy Corn Pancakes

Bahan-bahannya:
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu garam
  • 50 gm gula kastor
  • 2 butir telur gred A
  • 250 ml susu
  • 3/4 cawan krim jagung (jika gunakan jagung biasa, tambahkan sedikit sukatan gula)
  • sedikit minyak zaitun/minyak jagung/minyak canola (untuk menggoreng lempeng)

Cara-caranya:
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan gula, telur dan susu ke dalam adunan tepung dan bancuh hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan krim jagung dan kacau sedikit.
  4. Rehatkan adunan seketika dalam 20 - 30 minit.
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali.
  6. Balikkan lempeng dan goreng sehingga warnanya sedikit keperangan.
  7. Hidangkan dengan madu dan mentega, jem buah-buahan atau sirap untuk pancake.

My share :) Aku suka makan begitu sahaja dengan secangkir kopi O panas.

Obat Calar Hati Cekebon

Selasa, Februari 10, 2015

Semalam nak tengah hari baru sempat bersua muka dengan bonda tercinta. Jumpa-jumpa tengok Cekebon monyok. Apasal ni? Tanya sepatah jawab sepatah. "A-re? Dou shimashita ka?" (Tetiba termasuk loghat Jepang pulak kat sini.) Siapa buat Cekebon terkelendat? Mulalah nak kena soal siasat adik-adik yang lain. Saya pun gelabah buat perhitungan sendiri. Aku ke? Ada salah cakap tak? Maklumlah, kadang-kadang tanpa kita sedar, kata-kata kita, gurauan kita, body gesture kita boleh calarkan hati si dia tanpa sengaja.

Puas saya selidik. Siap curi-curi tengok handphone, check senarai calls yang masuk dan keluar. Cekebon saya ni ada series of friends yang agak menduga gak. Borak-borak, koo kee koo keeek, tahu-tahu sentap. Penat cari punca, last-last saya fikir cara untuk pujuk mestika hati saya ni. Buatkan something yang dia sukalah! Tambahan pula semalam dia puasa.

Bukak peti ais, tengok ada ikan bilis. Terus decide nak buat sambal ikan bilis kering. Cekebon suka kunyah-kunyah (I guess, penyakit gatal gigi saya diwarisi daripada Cekebon..hahaha), ratah macam tu je,...makan ngan roti, ngan bubur. Semangat nak buat tiba-tiba jadi merudum. Tepuk dahi sikit! Last time saya shopping, saya salah beli ikan bilis! Ikan bilis ni dah belah, tapi tak bersih. Tahi, najis, poo kat kepala masih in tact. Cekebon saya on low-potassium diet sebab ada kidney problem. So, kalau nak makan ikan bilis, kena buang tahi bagi bersih dan rendam supaya masinnya berkurang.

Alang-alang dah niat nak buat, saya gagahkan diri juga kupas ikan bilis. Kalau dok kupas depan TV, sambil borak-borak memang tak terasalah kan. Ini saya buat seorang diri kat dapur,...ada feeling-feeling macam Puspawangi dalam citer Musang Berjanggut sikit. Akhirnya, setelah berhempas pulas dan membebel sendiri dengan ikan-ikan bilis tu,...

Inilah hasilnya!

Sambal Ikan Bilis Kering :)

Letak siap dalam balang. Hadapkan depan Cekebon. "Nah, kakak buat special untuk Bon!"
Senyuman 'syurgaku' dah kembali ke wajah! Lega... Lepas ni bolehlah risik punca sebenar Cekebon bermuram durja ;)

Enjoy the rest of your day!


Resepi Kerepek Ngaku Arrowhead Chips

Isnin, Februari 09, 2015

Pernah makan tak kerepek yang dibuat daripada ngaku (arrowhead)? Sedap sangat! Haa … ngaku atau arrowhead ni biasa kita akan jumpa musim raya Cina. Masa nilah terdapat lambakan ngaku di pasaran. 

Saya memang setiap tahun rajin tunggu ngaku on sale, kemudian beli banyak-banyak untuk dibuat kerepek. Selain daripada itu, kita boleh juga guna ngaku untuk masak hidangan seperti sup atau kari.

Buah ngaku

Kraf Kertas - Sticker Book of Phrases

Ahad, Februari 08, 2015

Dah lama tak tulis entri mengenai bahan/material untuk buat kraf kertas. Hari ini saya nak kongsikan satu produk baru POPULAR - Sticker Book of Phrases. Buku ni mengandungi beberapa halaman pelekat yang cantik-cantik dengan sentimen yang biasa kita gunakan. Contohnya: Thanks so Much, Happy Birthday, Love You! Jadi, sesuai sangat untuk digunakan sebagai hiasan kad atau scrap book.

Sticker Book of Phrases (2 jenis)

Mari saya beri sneak peek isi kandungan di dalam.

Ada juga inspiring & motivational quotes =)

Cantik untuk ditampal pada kad!

Pelekat-pelekat dalam buku ni ada lebih kurang 90 keping. Nak guna pun senang sebab setiap pelekatnya pre-cut. Just peel the sticker dan tampal. Boleh juga ditampal terlebih dahulu atas kertas tebal atau kad dan kemudian dipotong mengikut bentuk kesukaan. Hanya RM4.90/buku. Bagi yang ada membership POPULAR, boleh dapat potongan 10%. Berminat? Dapatkan di cawangan POPULAR yang berhampiran.