Susun Setem
Jumaat, Februari 20, 2015
Hari ni cuaca panas betul! Dah masuk waktu Maghrib pun suasana masih panas membahang. Tak mengapalah, nanti kalau hujan tak berhenti-henti lain pula jadinya. Saya dah mula jalani perintah berkurung untuk siapkan kerja editing. Deadline by 28 Februari tetapi saya target nak cuba siapkan semuanya hujung minggu ni. Insya-Allah, moga diberi kelapangan oleh Allah.
Dah kepanasan sepanjang hari, buntu tak tahu nak buat apa. Serba tak kena jadinya. Alih-alih, saya masuk bilik kraf. Buat apa? Susun setem =) Baru-baru ni, kawan saya beri beberapa keping setem UK. Sebelum bertemu dengan saya, dia menemankan suaminya ke kedai menjual barang-barang hobi ni. Nampak setem, dia teringat pada saya lalu belikan satu pek. Terima kasih, Fiza. Dah tersusun kemas setem-setem pemberiannya dalam album. Alhamdulillah, bertambah koleksi setem dari luar negara saya :)
![]() |
| Setem baru masuk album ;) |



