Kuih Tepung Bunga
Khamis, Jun 11, 2015
Pertama kali makan dan buat kuih tradisional dari pantai timur ni. A few weeks ago tengok rancangan Lesung Pipit, nampak resepi ni as pencuci mulut. Terus berkenan nak buat! Mudah je.
Resepi Mudah - Kuih Tepung Bunga
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 200 - 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan santan
- Air secukupnya
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula untuk ditabur pada kuih sebelum dihidang
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Langkah-langkah penyediaan:
- Bancuh tepung dengan santan dan sedikit air sehingga membentuk doh yang tidak melekat. Kalau nak lebih lemak, boleh gunakan lebih santan. Saya guna santan kotak jenama Ayam Brand yang Fat Trimmed. Jangan risau, rasa lemak santan tetap ada cuma kandungan lemaknya rendah berbanding santan kotak yang lain.
- Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Kemudian, tekan sedikit di bahagian tengah untuk leperkan doh.
- Panaskan minyak. Pecahkan telur dan pukul sedikit.
- Celupkan doh ke dalam telur dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
- Setelah diangkat dan ditus minyaknya, taburkan sedikit gula di atas kuih. Saya gunakan gula tebu Mildura (boleh baca di sini.) Jika ingin lebih enak, guna gula perang pun boleh.
Kuih Tepung Bunga |
Sedappppppp sangat! Memandangkan kuih ini dibuat daripada tepung pulut, teksturnya seperti kuih onde-onde. Lapisan luar ala-ala crispy sebab disalut dengan telur, bahagian dalamnya lembut. Then, manisnya just nice. Kita sendiri boleh kawal jumlah gula yang kita nak letak. Jangan banyak sangat ye. Kita bukan nak salut donut. Letak seadanya. Biar rasa manis manja-manja gitu.
Selamat Mencuba! Boleh masuk dalam menu berbuka puasa :)