Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Rabu, Julai 15, 2015

Biskut cornflakes ni biskut ketiga yang dibakar untuk Syawal. Sebelum ni dah buat Tat Nanas Cheddar (resepi di sini) dan biskut Oreo Chocolate Chips (resepi di sini).

Resepi yang saya nak kongsi ni sangat mudah! Tak guna telur pun. 


Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 200 gram cornflakes (ramas kasar)
  • 100 gram sultana
  • 1 sudu teh esen vanila
Baru-baru ini dapat pos ekspres daripada Sis Sheila. Rupa-rupanya saya menang salah satu hadiah Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang. Saya pun dah lama tak jengah Sis Sheila jadi tak perasan bila keputusan GA keluar. 

Yang bestnya, Sis Sheila memang dah siap-siap minta address dan details semua peserta GA. Jadi,...supppppppppp! Tahu-tahu hadiah sampai ke tangan! Sukanya! Nak tengok apa saya dapat?

Kad Raya - Sis Jari Manis

Sebut sahaja Jari Manis, terus teringat segala yang manis-manis! Sweet suwittt gitu. Heheheh kad raya kali ini datangnya daripada tuan punya blog Jari Manis Travel. Siapa yang tak kenal, mungkin paksi blog kita berbeza,..tu sebab tak selisih :)

Rasanya setiap bulan dapat kiriman kasih daripada akak kita ni. Buka peti surat terus senyum meleret seorang diri. Dah kenal tulisan siapa :) Lupa sekejap terik matahari yang mencanak-canak atas kepala.

Inilah kad raya daripada Sis JM!

Resepi Ayam Daun Kari

Selasa, Julai 14, 2015

Hari ni saya nak kongsi satu resepi hidangan ayam yang simple dan sedap. Kebiasaannya, pada hari raya, apabila ada lebihan lontong atau nasi himpit, saya akan sediakan juadah ni. Saja nak tukar selera setelah dua tiga hari menghadap rendang :)

Ayam Daun Kari