Kad Raya dan Gift - Sis Sheila (Sheila Inspire)

Selasa, Julai 21, 2015

Assalamu'alaikum.
Salam 5 Syawal!
Hari ini baru terkedek-kedek nak kembali bersiaran :)
Mood raya masih ON. Tu yang malas sikit nak berblogging.

Sambung balik entri kad raya. Still relevant sebab raya kita kan sebulan.

Sebenarnya kad hari raya daripada Sis Sheila, pemilik blog Sheila Inspire ini saya terima sebelum lebaran lagi. Tetapi tak sempat nak update. Saya dah sibuk bersilat bertukang buat preparation raya. Saya juga ada tulis entri menang GA anjuran Sis Sheila. Jemput baca di sini.

Blog pun raya,..

Ahad, Julai 19, 2015

Salam Syawal.
Selamat Hari Raya semua!
Saya ingin menyusun sepuluh jari,
andai sepanjang kita berinteraksi,..
ada kata-kata yang mengguris hati,
ada tulisan yang menyinggung perasaan,
ada komen-komen yang menghiris jiwa,
atau ada sebarang tindakan yang buat kalian tidak berkenan,...
harap dimaafkan.

Kad Raya dan Gift daripada SalbiahM

Khamis, Julai 16, 2015

Sekarang ni kalau sebut tentang bola atau tengok iklan mengenai bola di TV, automatik teringat si Sal. Yessss,...adik Salbiah, peminat tegar bola...minah bola....Saya yang selama ni memang tak tahu apa-apa tentang bola, bolehlah tambah ilmu bila terjah blog cik adik yang seorang ni. 

Sal hantar kad raya. Tersengih-sengih saya mengalahkan kerang busuk. Tak tersadai bawah terik cahaya matahari macam masa dapat kad Sis JM. Kali ni dilimpahi cahaya bulan purnama sebab check peti surat masa tutup pagar selepas habis tuition.

Kiriman kad seterusnya saya terima daripada Sis Aida. Cantik kad, berwarna pink. Ada ilustrasi comel Sis Aida dan ahli keluarganya.

Kad raya daripada Sis Aida