Pizza Bungkus
Sabtu, Disember 19, 2015
Sebelum ini, saya ada tunjuk cara saya buat pizza nipis (thin crust) menggunakan wrap. Boleh baca di sini. Baki satu keping wrap yang tinggal, saya gunakan untuk pizza bungkus pula. Bahan-bahannya masih sama. Saya gunakan lebihan toppings pizza tu je.
Mula-mula, ratakan sos cili dan sos tomato di atas permukaan wrap. Ikut citarasa kalau hanya nak guna sos cili atau sos tomato sahaja. Saya suka a bit of both. Ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit. Kemudian, untuk pizza bungkus ni saya taburkan sedikit pasrley, thyme dan oregano. Biar ada variasi rasa rempah jentik lidah;)
Setelah itu, letakkan toppings semewahnya di bahagian tengah wrap. Taburkan dengan parutan keju dan sedikit serbuk lada hitam. Lipat wrap supaya jadi bentuk bungkusan macam dalam gambar di bawah ini. Bakar selama 10 - 15 minit, suhu 180 - 200 darjah celcius.
Paras rupa setelah siap dibakar. |
Let's dig in! Jemput makan, semua.
Treat for one yang sangat berbaloi! |
Nampak tak lelehan cheese yang bermesra dengan hirisan sosej dan lada benggala tu? Hihihi nikmati dengan senyuman :)
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!