Resepi Omelette Muffin

Rabu, Januari 20, 2016

Omelette merupakan antara hidangan sarapan yang simple, mengenyangkan dan sangat mudah penyediaannya. Resepi omelette boleh kita pelbagaikan. Bergantung pada apa yang ada di dapur. Selain daripada menyediakan omelette biasa, kita juga boleh buat omelette muffin. Comel-comel je. Kira individual size lah :)

Omelette Muffin

Imbas 2015 - Money Challenge | Book Challenge

Selasa, Januari 19, 2016


Baca komen Intan (Dorsett Pink) ni buat saya tersenyum. Yelah, Intan...saya betul-betul lupa! Lupa langsung nak update mengenai misi-misi saya menyahut Money Challenge dan Book Challenge. Baca entrinya di sini dan di sini. Rasa macam baru sahaja saya tulis dua entri berkenaan pada awal 2015. Dah setahun dah rupanya. Apa status cabaran-cabaran saya? Well,..
Money Challenge Berjaya!
Book Challenge Kandas!

Resepi Sayur Campur Sos Tiram

Isnin, Januari 18, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat Pagi Isnin! Selamat Memulakan Minggu Baru.

Entri pertama pembuka minggu baru, entri resepi. Hidangan Sayur Campur Sos Tiram ini merupakan antara hidangan kegemaran saya dan keluarga. Nak sediakan pun tak remeh sangat. Boleh pilih untuk buat yang berkuah (kami suka kuah banyak) atau stir-fry je. Bahan-bahan terpulang ikut citarasa, macam dalam gambar di bawah, saya hanya gunakan kacang pea, lada benggala, bunga kubis dan lobak merah. Ada kalanya, saya letakkan hirisan cendawan butang/shitake dan jagung.


Sayur Campur Sos Tiram

Resepi Mudah - Cucur Roti Berkeju

Sabtu, Januari 16, 2016

Nak panggil apa pun boleh - cucur roti berkeju, godok roti cheese, cekodok roti berkeju, jemput-jemput cheese terpulang. Apa yang penting, hendak sediakan cucur ni sangatlah senang!

Kat rumah ni memang ada penyakit. Time tak beli roti, time tu lah masing-masing teringin nak makan roti. Tetapi, apabila ada roti di rumah - boleh terbiar tak laku sampai expired. Kerja sayalah masukkan dalam peti sejuk. Stok untuk buat roti telur, crouton atau cekodok.

Cucur Roti Berkeju