Tebus RM10 Rebat dengan Mata Astro Circle
Selasa, Mac 01, 2016
Siapa-siapa yang langgan Astro, kebiasaannya apa yang kalian tebus (redeem) dengan mata Astro Circle? Saya memang tak pandang benda lain. Saya guna Astro Circle points saya untuk dapatkan rebat. Setakat ini ada dua pilihan, Rebat RM5 (500 mata) dan Rebat RM10 (1000 mata). Points nak kena kumpul dah semakin tinggi. Dahulu, kalau nak tebus yang RM10 tu hanya perlukan 600 ke 700 points sahaja. Sekarang sampai 1000!
Baru-baru ini apabila semak bil, saya tengok mata Astro Circle saya ada dalam seribu lebih. Apa lagi,... mari kita redeem RM10 rebate. Nanti, amaun ini akan ditolak pada kitar bil yang seterusnya. Jimat sepuluh hengget! Bagaimana nak redeem? Mudah. Pergilah ke laman Astro Circle dan log masuk. Jika belum ada akaun, register terlebih dahulu.

