Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Ahad, Jun 19, 2016

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab resepinya senang! Diulangi ... senang banget! Tak perlu pakai mixer, tak perlu masukkan telur. Kacau-kacau begitu sahaja, bakar ... siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek Ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah lebihan stok serbuk kopi. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar ... asyikkk! Berebut-rebut satu rumah makan.


Resepi Biskut Cornflakes Kopi

(Ini adunan kecil. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan.)

Kau dan aku tak bisa bersama ... Mencari Cinta Sejati

Jumaat, Jun 17, 2016


 ♪♫ Kau dan aku tak bisa bersama, 
Bagai syair lagu tak berirama. ♪♫


Baru je masuk kereta M, bait-bait lagu ni pancing perhatian saya. Jiwangnya! Lagu siapa ni?! Lagu baru Cakra Khan ke? Suara gagah serak-serak tu memang suara Cakra. M ketawa. Dia dah agak saya akan tanya tentang lagu tu. Selalunya memang kalau nak dengar lagu-lagu baru, artis sini atau seberang, saya akan godek-godek playlist M. M memang kerja dalam bidang muzik dan selalu kena travel ke Indonesia. So, sedikit sebanyak perkembangan artis di sana saya dengar fresh dari M. Kawan-kawan saya di Jakarta dan Bandung pun kebanyakannya kawan-kawan M juga.

Well, ini memang lagu baru nyanyian Cakra Khan untuk OST Rudy Habibie (Habibie dan Ainun 2). Tajuknya Mencari Cinta Sejati. Lagu ini ciptaan Melly Goeslow dan susunan muziknya oleh Anto Hoed.  Filem Rudy Habibie ini akan ditayangkan di Indonesia hujung bulan ni. Siapa yang dah tengok Habibie dan Ainun sebelum ini tentu tahu kisahnya mengenai siapa kan,..

Tutorial Kraf Kertas - DIY Mudah Kad Hari Raya (Bubble Talk)

Isnin, Jun 13, 2016

[Scheduled Post - Will be back on Tuesday, the 14th.]

Assalamu'alaikum,

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Tutorial yang seterusnya ini bertemakan bubble talk. Secara peribadi, saya kalau buat kad hari raya memang jarang guna imej masjid, ketupat atau pelita. Saya prefer kad yang simple, tak ada elemen raya sangat. Saja nak kelainan. Apa yang penting, titipan ucapan hari raya dan ingatan tu :)

DIY Kad Raya Bubble Talk ini pun konsepnya sama. Ringkas. Mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan lebih kurang sama seperti tutorial-tutorial kad sebelum ini.  Di bawah, ada beberapa template yang boleh digunakan. [Save image dan cetak mengikut saiz yang diingini.]

Mufin Coklat Tanpa Telur

Jumaat, Jun 10, 2016

[Scheduled Post: Masih tiada di tower.]


Ini resepi mufin coklat paling mudah, less messy dan yang penting super yummy! Resepi mufin coklat ini saya dapat dari blog Wana. Dah lama save, tapi tak terbuat-buat. Apa yang betul-betul pancing minat saya, resepi mufin ini tidak menggunakan telur.