Lemon Garlic Herb Butter Nisa Bakri
Isnin, Mac 22, 2021
Bulan lepas adik ipar saya beri mentega bawang putih lemon dan herba Nisa Bakri. First impression saya dah teruja sebab tengok cara pembungkusan produk ini yang comel. Bertambah-tambah teruja apabila memikirkan adanya garlic butter produk Puan Sri Nisa Bakri ini, macam-macam yang boleh saya buat.
Sebenarnya, sudah lama saya tidak menggunakan garlic spread atau garlic butter di dalam masakan. Dahulu, semasa rajin buat roti bawang putih, adalah juga simpan stok mentega bawang putih. Alhamdulillah, dapat setongkol mentega begini (betul ke penggunaan 'setongkol' di sini? 🤔) memang gembira bukan kepalanglah. Jom tengok isi dalamnya.




