Cucur Keluar Gua
Isnin, Ogos 09, 2021
Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Ada tak yang bersarapan cucur hari ini?
Tempoh hari, jiran sebelah rumah saya, Nenek P beri cucur untuk minum pagi. Kebetulan pagi tu, saya baru selesai hantar kerja kepada client. Setelah 3-4 hari berkurung buat kerja suntingan, keluar bilik disambut dengan cucur comel-comel ni. Alhamdulillah, rezeki! Ada cucur sedap untuk raikan saya keluar gua. Terus pergi bancuh kopi!
Inilah cucur keluar gua saya. Cucur nuget dan sosej.
Adunan bater ditambah dengan hirisan nuget dan sosej lalu digoreng garing. Sos cecahnya pula Bott yang buat - mayones digaul dengan sedikit sos Sriracha. Enak betul setiap suapan ada potongan nuget dan sosej yang dilawan dengan rasa masam pedas lemak mayones Sriracha. Memang sekejap je licin-licau cucur pemberian Nenek P kami makan.
Rezeki Kopi Gantang
Ahad, Ogos 08, 2021
Mr. DIY Barang RM20 Bayar RM5
Sabtu, Ogos 07, 2021
Assalamualaikum.
Minggu lepas semasa sedang layari aplikasi Lazada, saya perasan ada baucar 50% untuk pembelian di Mr. DIY. Saya dah teruja dah. Bott ada cakap nak beli ice tray yang berpenutup buat tambah stok. Selalu kami bekukan pes cili, jus lemon, jus limau, herba dan lebihan kopi saya. Kalau ada banyak, bolehlah ice tray tu diasingkan ikut penggunaan. Tetapi, tak adalah berharap sangat sebab barang-barang di Mr. DIY ni selalu habis stok.
Alhamdulillah, ice tray yang dicari ada. Dah alang-alang tu belilah beberapa item tambahan.