Biji chia atau chia seed banyak manfaatnya untuk kesihatan. Mengandungi serat, antioksida, Omega-3, protein dan pelbagai vitamin dan mineral, pengambilan chia seed baik untuk jantung, sistem pencernaan, otot dan tulang, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan membantu kita mendapatkan kulit yang lebih sihat.
Disebabkan khasiatnya, tidak hairanlah jika biji ini selalu dimasukkan ke dalam diet pemakanan harian.
Contoh hidangan mudah yang menggunakan biji chia:
- Air chia seed. Masukkan chia seed ke dalam minuman kalian. Air kosong, jus buah segar, air lemon, kopi atau teh tanpa gula dan biar seketika sehingga chia seed kembang. Saya suka buat teh dengan sedikit parutan halia atau hirisan lemon. Segar dinikmati dingin. Oh, lagi satu, jadikan salah satu bahan untuk lai chi kang pun sesuai.
- Taburan di atas roti bakar atau salad.
- Puding biji chia
Di bawah ini, chia seed pudding saya.