Wordless Wednesday - Don’t Settle For Less

Rabu, Mei 29, 2024

 

Rise up and stand tall in what you do.


Kopi Air Kelapa | Sandwic Keju

Jumaat, Mei 24, 2024

Awal minggu tempoh hari, saya bersarapan di The Bread Bar. Sebelum sampai kedai lagi dah set dalam kepala nak makan sandwic keju gril kegemaran saya. Yalah, sewaktu kunjungan terakhir saya ke sana, walaupun sedari awal mahu grilled cheese sandwich, alih-alih saya pesan focaccia. 😂 Sesudah itu, sibuk teringin mengidam grilled cheese sandwich.

Kali ini, untuk kopi saya pilih sesuatu yang di luar kebiasaan saya - Coconut Coffee. Bukan kopi santan macam kopi Vietnam tu tau. Ini kopi yang dibancuh dengan air kelapa. Coffee with coconut cream and coconut water.


Kopi dingin saya - Kopi Air Kelapa


Jamu mata dahulu sebelum minum. Cantik kopi saya, kan? Lapisan bawah itu air kelapa manakala bahagian atasnya kopi.

Air kelapa sejuk yang ditambahkan bancuhan espresso dan susu, dilengkapkan pula dengan parutan kelapa. Memang amat memancing selera!


Yummehhh 🤤

Sedap sangat! Ini betul-betul lemak berkrim. Sekejap sahaja setengah gelas saya minum.


Grilled Cheese Sandwich | Sup Tomato

Akhirnya, apa yang diidam-idamkan sangat selamat mendarat di atas meja.

Signature Grilled Cheese Sandwich 

Inilah sandwic keju bakar saya. Keju luar dalam ya. Meriah betul! Yang sejemput tu whole grain mustard. Saya suka tekstur roti yang keras rangup begini. Apabila kita gigit lapisan luar yang rangup rapuh, kemudian sampai ke lapisan dalam yang berkeju… nikmatnya!

Sandwic ini akan jadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sup tomato. Lihatlah sup tomato yang saya maksudkan. 

Sup tomato

Sup tomato berkrim yang pekat. Rasa lemak, masam manisnya cukup seimbang. Hirup begitu sahaja panas-panas memang layan. Lawan pula dengan sandwic keju, terangkat!

Gandingan terbaik! 

Alhamdulillah. Lepas craving saya. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Senyum sepanjang hari. 😁

Monstera Mengandung Lagi

Khamis, Mei 23, 2024

Assalamualaikum. Sudah bersarapan ke belum tu?

Hari ini, seawal pagi saya dah tersenyum lebar. Pergi siram pokok-pokok di balkoni. Cakap-cakap dengan pokok kejap. Potong daun kering, alih-alihkan pasu, bersihkan piring pasu.

Tetapi, kerja yang sepatutnya tidak mengambil masa, jadi lama sebab ada dua ekor ‘pembantu’ berbulu dan berekor sibuk menolong. Si Yuri dan Rhea waktu-waktu beginilah feeling-feeling hirup udara segar sambil main-main dengan daun. 

Fiddle Fig

Buat Penanda Buku Bermanik Lagi

Selasa, Mei 21, 2024

Assalamualaikum. Apa khabar kalian hari ini? Tengah banyak kerja ke tu? Sibuk-sibuk pun, jangan lupa isi perut, stay hydrated dan pastikan dapat cukup rehat ya.

Hari ini, saya tiada tuntutan kerja di luar. Berstesen di rumah sahaja. Bersidai di tepi jendela sebentar nak dapat cahaya terang untuk susun-susun manik.

Manik-manik dan peralatan saya.