Salam Wahyu Pertama

Selasa, Mac 18, 2025

 Assalamualaikum.

Nuzul al-Quran 1446H


17 Ramadan.
Salam Nuzul al-Quran.
Semoga al-Quran sentiasa subur dalam hati kita, terus menjadi pegangan kita.


Ayam Goreng Buttermilk

Isnin, Mac 17, 2025

Beberapa hari lepas, saya buat Honey Butter Biscuits Ala Texas. Adalah kuih untuk dimakan-makan masa moreh atau sahur. Dah siap biskut, lebihan buttermilk masih berbaki dalam setengah botol. Ini yang malas beli buttermilk ni. Mula-mula  beli,  semangat punyalah berkobar-kobar! Tak mengapa, buttermilk ni boleh habis… aku nak buat butter cookies, then buat roti sikit… alih-alih apabila penat sampai, impian hanya tinggal impian. Terabailah buttermilk tu di dalam peti sejuk.

Memandang botol buttermilk dengan rasa bersalah, akhirnya saya putuskan untuk buat ayam goreng buttermilk. Sedap juga andainya berbuka puasa dengan ayam goreng panas-panas.

Dari segi rasa, sebenarnya lebih kepada ayam goreng yang biasa kita makan, ala KFC atau ala McD. Kalau tepung sadurannya kita letak paprika atau serbuk lada hitam, pedas-pedaslah rasanya. Rasa nak masin-masin berlemak sikit, guna perasa salted egg.

Juadah ayam ini dipanggil ayam buttermilk kerana potongan-potongan ayam yang telah dibersihkan diperap dengan buttermilk selama beberapa jam sebelum disadur tepung dan digoreng. Buttermilk akan menyerap dan melembutkan tekstur daging ayam.


Hasilnya, ketulan ayam goreng yang rangup krup krap krup krap di luar tetapi bahagian isi dagingnya super lembut! 

Inilah ayam goreng buttermilk saya. 


Ayam Goreng Buttermilk

Seribu Tahun Lagi, lagu baharu dendangan Imran Ajmain menjadi lagu runut bunyi untuk drama Seribu Tahun yang sedang ditayangkan di Astro sepanjang Ramadan ini. Syahdu mendayu lagunya. Drama tu pun, episod-episod awal dah boleh buat ramai bergenang air mata.

Di bawah ini Chords Seribu Tahun Lagi, versi mudah. Selamat berdendang!


Kord Gitar From FAMF Tower

Belimbing Buluh | Kundang Madu

Ahad, Mac 16, 2025

Dahulu semasa di tinggal di rumah lama, belakang rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali berbuah, memang lebat buahnya. Puaslah kami masak macam-macam lauk - buat sambal hitam, taucu ikan bilis, gulai lemak… masam-masam belimbing tu yang asyik!

Sejak berpindah, memang jarang sangat jumpa belimbing buluh. Alhamdulillah, baru-baru ini ada rezeki dapat satu plastik besar belimbing buluh. 

Belimbing buluh sedia nak masuk peti ais. 😊