Jeruk Bawang Putih Idaman Kalbu
Jumaat, April 04, 2014
Entah angin apa,..tiba-tiba saya teringin nak makan jeruk bawang putih. Ala,..yang biasa kita makan dengan nasi kerabu tu. So, sekarang ni saya bersiaran dari dapur. Percubaan pertama untuk buat jeruk ni. Harap-harap jadilah sesedap yang saya biasa makan. Oh, kongsi resepi dulu.
Resepi Jeruk Bawang Putih
- 15 labu bawang putih (Tidak perlu kupas kulit. Basuh dan toskan.)
- 2 cawan air
- 1 cawan cuka
- 1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan garam halus
Cara-cara Penyediaan
- Campurkan air, cuka, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
- Masukkan bawang putih dan biarkan di atas dapur dalam 15 minit. (Biar bawang putih empuk)
- Setelah bawang putih empuk (boleh dicucuk dengan garpu), tutup api. Biarkan sehingga betul-betul sejuk.
- Masukkan ke dalam balang atau bekas bertutup.
Sediakan Minyak Bawang Putih untuk lazatkan hidangan/sebagai pencicah roti (Klik sini)