728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 13 Jun 2015

Tutorial Kraf Kertas - Simple Explosion Card (Part 3)

Entri susulan Simple Explosion Card (Part 1) & (Part 2)

Seperti yang saya maklumkan di Part 2, kita boleh cap sentimen/ucapan sama ada sebelum ataupun sesudah melipat kertas bahagian dalam. Tak ada masalah yang mana dahulu yang mana kemudian asalkan dakwatnya benar-benar kering. Jika tidak, comot pula hasil kerja kita nanti.


Untuk proses di atas, saya menggunakan clear stamps 'When there is love, there is life' dan 'Happy Birthday'. Saya sengaja memilih kertas yang kosong tanpa corak supaya ruang yang ada boleh digunakan untuk menulis ucapan buat si penerima.

Waktu untuk menghias bahagian hadapan kad. Lipat kad kepada dua bahagian supaya menjadi segi empat sama. Boleh gunakan scorer untuk hasil yang lebih kemas. Jika tidak ada, gunakan pembaris besi sudah memadai.

Potong kertas warna/bercorak mengikut ukuran bahagian hadapan kad. Tampal dengan menggunakan glue tape. Setelah itu, lekatkan crafts embellishment yang sesuai.

Bahagian hadapan telah siap!
Seterusnya, lekatkan kertas yang telah dilipat di bahagian dalam kad. Mulakan dengan bahagian bawah, diikuti dengan bahagian atas. Tindan kad dengan objek berat buat seketika supaya gamnya betul-betul melekat.



Hasilnya,...
Bersedia untuk sampai ke tangan penerima :)



16 ulasan:

  1. Titew dah paham dah cikgu nanti titew nak buat... he he he....

    BalasPadam
  2. Wowwwww........memang lawa bila dah siap tu farah....

    BalasPadam
  3. Assalam Kak Farrah..wana lepak kejap..rinduuuuu!!!!

    BalasPadam
  4. Serius cantik gilerrrr la Kak...fuh..kagum!! :D

    BalasPadam
  5. cantiknya!!! :DDDD okay sangat tergoda dengan yang ni hahaha

    BalasPadam
  6. cantiknya!!! :DDDD okay sangat tergoda dengan yang ni hahaha

    BalasPadam
  7. cantiknya kad ucapan tuh..

    BalasPadam
  8. alaaa cantiknya kad ucapan tu kak farah.

    BalasPadam
  9. cara lipat tu masih x faham melainkan farrah tunjuk secara praktikal...maklumlah sis JM ni otak logik...x kreatif

    BalasPadam
  10. cantiknya kak Farah bekenen dengan cop cop tu

    BalasPadam
  11. wah..kena belajar lagi sebab macam tak berapa nak reti buat..ngee

    BalasPadam
  12. Kreatif gile la..hehehe..kalau ada bunyi lagi awesome..booom!!

    BalasPadam
  13. seriously cantik sangat!
    kalaulah saya yang dapat =)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...