Jus alpukat @ avocado memang kegemaran saya. Selalu kalau makan di mana-mana restoran makanan Indonesia, memang saya akan pesan jus alpukat. Rasanya lemak-lemak manis, lebih kurang macam smoothie pisang. Tapi, walaupun saya kata sedap, mungkin tak kena dengan selera sesetengah orang. Bott cannot go dengan jus ni. Ct Humairah pon. Maklum sajalah, si paling comel ni kan tak minum susu ;)
Sepanjang bulan puasa, kesukaan terhadap jus alpukat makin menjadi-jadi. Takkanlah tiap-tiap hari nak ajak Bott singgah restoran ayam penyet hanya kerana nak tapau minuman ni. Dapat pula bila nampak je bayang kelibat saya, adik waiter dah sengih dan tanya, "Alpukat ya, mbak?"
Makanya, kita buat sendiri!
Resepi Jus Alpukat (Versi FAMF Tower)
Bahan-bahan:
- 1 biji buah avocado bersaiz bersar (Ambil isinya dan potong kepada beberapa bahagian kecil)
- 1 cawan susu rendah lemak (Ikut resepi asal guna dua sudu besar susu pekat + air. Too sweet for me!) Oh, nak guna susu segar /full cream pun boleh.
- 1 sudu teh gula tebu
- 1 cawan ais
- Chocolate syrup
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan di atas kecuali chocolate syrup hingga hancur. Jika rasa teksturnya terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Drizzle chocolate syrup pada gelas hidangan. Masukkan jus alpukat yang dikisar. Sedia untuk diminum. Saya tak ada chocolate syrup, saya parutkan sedikit chocolate bar atas minuman. Yummmmehhhhh!
Jus Alpukat |
Apa yang best apabila buat sendiri, kita boleh kawal amaun gula/kemanisan air kita. Yang paling penting, boleh jimat! Segelas jus alpukat di restoran boleh mencecah hingga RM7 - 9. Kalau buat di rumah baru lebih kurang RM2.50 segelas. Boleh buat lagi 2 gelas tuh! Selamat mencuba!
Psstt! Kat rumah ni, saya seorang je hantu alpukat. Orang lain tak lalu. Setiap kali tengah blend avocado, sengih sendiri. Treat for one! More for me =)
Macam sedapnyaaa. hehehe :D
BalasPadamMemang sedap!
Padamtak pernah rasa jugak.. tak pasti kena dengan selera ke tak..
BalasPadamNanti kena cuba, Eyda :)
Padamsy pun mcm xleh nak telan avocado nih....
BalasPadamBuat jus kari.... Amacam?
PadamJus kari? My oh my....
PadamNampak memang sedapp.. tapi saya tak suka rasa avocado, tawar.. huhu
BalasPadamOhhh,...kalau macam tu, Intan mesti suka durian belanda :)
Padamtak pernah cuba sebelum ni... nampak sedap.. menduga kesabaran ni.. hihihi
BalasPadamNanti ada peluang cuba ye :)
Padamx pernah aida rasa.
BalasPadambut kalau smuti pisang tu biasa la.
feveret aida :)
Haaa kalau Aida suka smoothie pisang, mesti Aida akan suka alpukat :)
Padamtak pernah rasa..tapi kan nampak sedap
BalasPadamBagi saya memang sedap Khaty. Lemak-lemak manis gitu!
Padammantap banget tuh jusnya mba hehehe aku kemaren engga di jus cuma di makan ajah langsung tapi enak loh :)
BalasPadamDimakan begitu juga enak kan, mba Ipah :)
Padamkena rasa dulu lah kan, baru boleh tau can go or cannot.tapi smoothie pisang memang saya suka
BalasPadamtlg buatkan smoothie pisang utk sy sal....hehhehehe
Padamhaaa kalau boleh go dgn smoothie pisang, in shaa Allah akan suka jus alpukat ni :)
Padamsendiri buat sendiri minum.. hehehe
BalasPadamtak pernah minum lg seumur hidup :)
Nina...try lah sekali dalam hidup then baru tahu leh terima tekak or tak
PadamJM..tlg buatkan utk ktorang....mesti sedap kalau JM buatkan hihhihi
PadamExtra manis sebab yang buatkannya Sis Jari Manis :)
Padamyeah...alpukat mmg sedap.... nak nak tyme sejuk...
BalasPadami like
tyme sejuk tu camne? Kena berselimut tak?
PadamHahahah kalau kena berselimut,...nak selimut pakai apa SS?
Padamxpernah try lagi.. tapi dah terasa macam xleh nak masuk..
BalasPadamHaaa kalau camtu jangan cuba. Kang terjeluak susah pulak :)
PadamCik Mimie sama denga si paling comel tu..x minum susu.. :)
BalasPadamKalian berdua tak digalakkan utk cuba jus ni. Bimbang keluar balik :)
Padamtak pernah lagi makan avokado ni kak farrah
BalasPadamsllu gak tgk kat supermarket
tapi xtau nak beli cmne ha
hehehehe
Akak pun selalu main ambil je kalau beli avocado ni, Ayu. Bila balik tengok dia keras, peram dulu beberapa hari. Kalau dah lembik, dijuskan segera :)
Padamtingat minum jus ni kt jakarta...kwn muntah sbb x tahan bau dia ;-)
BalasPadamHihihi kesiannya. Mesti dia tak suka minuman berlemak/susu kan,..
Padamtak pernah makan buah avokado lagi resepi baru ni boleh try nanti
BalasPadamSelain daripada buat jus, boleh hiris halus2 letak dalam salad atau buat dipping sauce :)
Padamjus alpukat..PEKAT MELEKAT hihihih
BalasPadamheheh pekat melekat lazat hebat!!! :)
Padamuntung lah mcm tu Farrah....bila blend avocado tu x de siapa pun endah ek....rupanya ramai x suka jus tu tapi sis JM suka heee
BalasPadamItulah sis. Happy je saya share saya tak kena cukai :)
PadamBestkan, sis. Refreshing!
Deanna Hantu Kari..then Farrah Hantu Alpukat...ahahah...lawak lah korang ni
BalasPadamHihihi dah leh bukak kelab hantu dah ni :)
PadamAlpukat? Kelakar plk nama tu..
BalasPadamTakpernah raselah, k.Farrah.
Buah ni tukar kerakyatan tu yg jadi alpukat :)
PadamNanti one day Shikin kena try
Pernah minum ni berkali2 tapi SS lagi suka Sirsak...
BalasPadamSirsak tu durian belanda kan, SS? Lama dah tak minum yang original fresh dari buah. Suka jugak! Suka jugak!
Padammy faveret. lagi lagi makan macam tu saja..
BalasPadamUi sedap jus ni, sekali minum teringat-ingat 😅
BalasPadamMemang. Terbawa-bawa ke dalam mimpi! 😊
Padamuu,sedap pulak tgk smoothie gitu, nak pi cari avocado!
BalasPadamSilakan. Pergi cari segera! 😊
Padam