Isnin, Julai 06, 2015

Resepi Jus Alpukat Marvelous!

Jus alpukat @ avocado memang kegemaran saya. Selalu kalau makan di mana-mana restoran makanan Indonesia, memang saya akan pesan jus alpukat. Rasanya lemak-lemak manis, lebih kurang macam smoothie pisang. Tapi, walaupun saya kata sedap, mungkin tak kena dengan selera sesetengah orang. Bott cannot go dengan jus ni. Ct Humairah pon. Maklum sajalah, si paling comel ni kan tak minum susu ;)

Sepanjang bulan puasa, kesukaan terhadap jus alpukat makin menjadi-jadi. Takkanlah tiap-tiap hari nak ajak Bott singgah restoran ayam penyet hanya kerana nak tapau minuman ni. Dapat pula bila nampak je bayang kelibat saya, adik waiter dah sengih dan tanya, "Alpukat ya, mbak?"

Makanya, kita buat sendiri!


Resepi Jus Alpukat (Versi FAMF Tower)

Bahan-bahan:
  • 1 biji buah avocado bersaiz bersar (Ambil isinya dan potong kepada beberapa bahagian kecil)
  • 1 cawan susu rendah lemak (Ikut resepi asal guna dua sudu besar susu pekat + air. Too sweet for me!) Oh, nak guna susu segar /full cream pun boleh.
  • 1 sudu teh gula tebu
  • 1 cawan ais
  • Chocolate syrup

Cara penyediaan:
  1. Kisar semua bahan di atas kecuali chocolate syrup hingga hancur. Jika rasa teksturnya terlalu pekat, tambah sedikit air.
  2. Drizzle chocolate syrup pada gelas hidangan. Masukkan jus alpukat yang dikisar. Sedia untuk diminum. Saya tak ada chocolate syrup, saya parutkan sedikit chocolate bar atas minuman. Yummmmehhhhh!

Jus Alpukat

Apa yang best apabila buat sendiri, kita boleh kawal amaun gula/kemanisan air kita. Yang paling penting, boleh jimat! Segelas jus alpukat di restoran boleh mencecah hingga RM7 - 9. Kalau buat di rumah baru lebih kurang RM2.50 segelas. Boleh buat lagi 2 gelas tuh! Selamat mencuba!

Psstt! Kat rumah ni, saya seorang je hantu alpukat. Orang lain tak lalu. Setiap kali tengah blend avocado, sengih sendiri. Treat for one! More for me =)



52 ulasan:

  1. tak pernah rasa jugak.. tak pasti kena dengan selera ke tak..

    BalasPadam
  2. sy pun mcm xleh nak telan avocado nih....

    BalasPadam
  3. Nampak memang sedapp.. tapi saya tak suka rasa avocado, tawar.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh,...kalau macam tu, Intan mesti suka durian belanda :)

      Padam
  4. tak pernah cuba sebelum ni... nampak sedap.. menduga kesabaran ni.. hihihi

    BalasPadam
  5. x pernah aida rasa.
    but kalau smuti pisang tu biasa la.
    feveret aida :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau Aida suka smoothie pisang, mesti Aida akan suka alpukat :)

      Padam
  6. tak pernah rasa..tapi kan nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya memang sedap Khaty. Lemak-lemak manis gitu!

      Padam
  7. mantap banget tuh jusnya mba hehehe aku kemaren engga di jus cuma di makan ajah langsung tapi enak loh :)

    BalasPadam
  8. kena rasa dulu lah kan, baru boleh tau can go or cannot.tapi smoothie pisang memang saya suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. tlg buatkan smoothie pisang utk sy sal....hehhehehe

      Padam
    2. haaa kalau boleh go dgn smoothie pisang, in shaa Allah akan suka jus alpukat ni :)

      Padam
  9. sendiri buat sendiri minum.. hehehe
    tak pernah minum lg seumur hidup :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nina...try lah sekali dalam hidup then baru tahu leh terima tekak or tak

      Padam
    2. JM..tlg buatkan utk ktorang....mesti sedap kalau JM buatkan hihhihi

      Padam
    3. Extra manis sebab yang buatkannya Sis Jari Manis :)

      Padam
  10. yeah...alpukat mmg sedap.... nak nak tyme sejuk...
    i like

    BalasPadam
    Balasan
    1. tyme sejuk tu camne? Kena berselimut tak?

      Padam
    2. Hahahah kalau kena berselimut,...nak selimut pakai apa SS?

      Padam
  11. xpernah try lagi.. tapi dah terasa macam xleh nak masuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau camtu jangan cuba. Kang terjeluak susah pulak :)

      Padam
  12. Cik Mimie sama denga si paling comel tu..x minum susu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalian berdua tak digalakkan utk cuba jus ni. Bimbang keluar balik :)

      Padam
  13. tak pernah lagi makan avokado ni kak farrah
    sllu gak tgk kat supermarket
    tapi xtau nak beli cmne ha
    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun selalu main ambil je kalau beli avocado ni, Ayu. Bila balik tengok dia keras, peram dulu beberapa hari. Kalau dah lembik, dijuskan segera :)

      Padam
  14. tingat minum jus ni kt jakarta...kwn muntah sbb x tahan bau dia ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi kesiannya. Mesti dia tak suka minuman berlemak/susu kan,..

      Padam
  15. tak pernah makan buah avokado lagi resepi baru ni boleh try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain daripada buat jus, boleh hiris halus2 letak dalam salad atau buat dipping sauce :)

      Padam
  16. jus alpukat..PEKAT MELEKAT hihihih

    BalasPadam
  17. untung lah mcm tu Farrah....bila blend avocado tu x de siapa pun endah ek....rupanya ramai x suka jus tu tapi sis JM suka heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sis. Happy je saya share saya tak kena cukai :)
      Bestkan, sis. Refreshing!

      Padam
  18. Deanna Hantu Kari..then Farrah Hantu Alpukat...ahahah...lawak lah korang ni

    BalasPadam
  19. Alpukat? Kelakar plk nama tu..
    Takpernah raselah, k.Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah ni tukar kerakyatan tu yg jadi alpukat :)
      Nanti one day Shikin kena try

      Padam
  20. Pernah minum ni berkali2 tapi SS lagi suka Sirsak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sirsak tu durian belanda kan, SS? Lama dah tak minum yang original fresh dari buah. Suka jugak! Suka jugak!

      Padam
  21. my faveret. lagi lagi makan macam tu saja..

    BalasPadam
  22. Ui sedap jus ni, sekali minum teringat-ingat 😅

    BalasPadam
  23. uu,sedap pulak tgk smoothie gitu, nak pi cari avocado!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.