728 x 90

Selasa, 7 Februari 2017

Resepi Airfryer - Cendawan Goreng

Hari ini, satu lagi resepi mudah menggunakan airfryer - Cendawan Goreng. Saya tidak guna tepung Kentucky atau tepung sadur yang berada di pasaran. Saya suka buat tepung sadur sendiri. Kita boleh pelbagaikan rasa ikut selera. Nak letak serbuk paprika, chilli flakes, serbuk jintan ke,...terpulang. Macam saya, saya boleh kawal kandungan garam dan perasa lain supaya Cekebon dapat nikmati sekali hidangan yang saya sediakan. Something light in flavour for Cekebon, yang lain pandai-pandailah tambah seasoning sendiri.

Resepi Cendawan Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cendawan tiram yang telah dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar serbuk kari*
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam*
  • 1 - 2 biji telur (saya tambah beberapa sudu susu segar dan pukul telur hingga sekata)
  • garam secukup rasa*
Langkah-langkah:
  1. Campurkan bahan-bahan bertanda (*) di dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Gaul hingga semuanya sekata. 
  2. Sediakan 2 pinggan leper. Taburkan beberapa sudu campuran tepung di  atas pinggan yang pertama untuk memudahkan kita menyalut cendawan. Jangan letak semua tepung sekaligus kerana tepung yang sudah terkena telur akan jadi berketul-ketul. Letak sedikit demi sedikit. Nanti, jika ada lebihan tepung, boleh disimpan.
  3. Ambil cendawan. Celupkan pada telur kemudian salutkan dengan tepung. Pastikan salutannya nipis tetapi menyeluruh, Jangan terlalu tebal. Jika perlu, ketuk-ketuk sedikit cendawan yang sudah disalut untuk membuang lebihan tepung.
  4. Letakkan cendawan bersalut tepung di pinggan leper yang kedua. Ulang proses ini sehingga semua cendawan selesai disalut telur dan tepung.
  5. Memandangkan saya guna airfryer, saya tidak perlukan minyak. Saya masukkan cendawan dan masak selama lebih kurang 7 - 8 minit pada suhu 200 darjah celcius. Kemudian, supaya cendawan saya ni gorengannya sekata, saya akan terbalikkan cendawan dan masak lagi dalam tempoh masa yang sama. Cuma kali ini, saya turunkan suhu ke 170 - 180 darjah celcius.

Siap untuk digoreng :)
Bagi yang nak goreng secara deep fry, pastikan minyak di kuali dah betul-betul panas. Barulah dimasukkan cendawan dan goreng hingga keperangan. Of course, jangka masa menggorengnya lebih singkat berbanding airfryer. Siap digoreng, angkat dan tuskan cendawan di atas kertas tisu dapur yang serap minyak.

Hidangkan bersama sos pilihan:- sos cili, sos Thai, sos BBQ atau sos lada hitam. Tabur dengan chilli flakes dan serbuk keju Parmesan pun awesome! Di bawah ni, hidangan minum petang saya, Buat omnomnom sambil buat kerja di bilik kraf. Yummehhhhh!

Fika di bilik kraf - Cendawan goreng dengan sos Honey BBQ

Selamat Mencuba!

34 ulasan:

  1. lamanya tak singgah sini hehehe.. knock2..
    btw syiok kan ada airfryer.. tapi kite takde pun sbijik mahai hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kumpul duit sikit2, then beli,..less guilt sikit makan goreng-gorengan. Akak ni pun merasa sebab Cekengah bagi as birthday present :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Dah selamat,..tak de keping yang tinggal :)

      Padam
  3. Teringin jugak nak beli air fryer ni. Hehe. Sebab tengok mudah je guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang convenient,..tak guna minyak,...food lagi healthy :)
      Sekarang ni dah ada banyak brand airfryer di pasaran. Leh cari satu yang sesuai ngan bajet :)

      Padam
  4. sodap nye . singgah sini jap . jom singgah blog shahril plk ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah sini, Shahril.

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang sedap Mrs Pip :)
      tak cukup semangkuk!

      Padam
  6. kompom sedapp kalau cendawan goreng camnih..telan aik lio SB jap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang laku laris cendawan goreng ni, SB. Favourite semua kat rumah ni.

      Padam
  7. Assalam cikgu ceketed! Lama tul x jalan jalan sini..pekabo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Sis JM. Sihat seadanya. Sis JM sihat dak ni? Masih busy lagi?

      Padam
  8. Airfryer? Mesti mahal...nak cari kat Lazada lah ๐Ÿ˜œ Jeling SS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cari. Ada banyak brand dah keluar airfryer ni. Yang Philips nya agak mahal compared tu yang lain. Saya ni pun, kalau Cekengah tak kasi hadiah, tak merasalah Sis JM...bajet asyik lari beli barang kraf je ;)

      *Amboi, sempat jeling2 SS lagi.

      Padam
  9. Resipi pe lagi leh masak guna airfryer ni..ada gak survey pressure cooker tp masig dok kumpul duit ni ๐Ÿ˜ฌ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pressure cooker pun ok gak, Sis JM. Senang dan cepat sikit nak masak. Macam airfryer ni boleh bake, grill,..tapi saya selalu guna untuk sediakan hidangan gorengan yang lebih sihat. Contoh nak goreng ayam, fries,..semua tu tak yah pakai minyak.

      Padam
  10. Kalau nak buat bayam goreng pun boleh kan..leh x guna resipi yg sama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bayam goreng boleh gak rasanya...tapi bater tu jangan cair sangat. Biar likat sikit.

      Padam
  11. Ish terliur plak tgk cendawan goreng rangup ni mesti lebih sedap dari jula d kedai ๐Ÿ˜ฌ

    BalasPadam
  12. sedap pulak nampak.. krup krap... best ngunyah tu

    BalasPadam
  13. sedap kalau rangup ๐Ÿ˜ kriuk kriuk cam makan kopok

    BalasPadam
  14. Kena cari air player dulu hihihihi

    BalasPadam
  15. Sihatnye makanan dia dh la minyak mahal skunk ni, cikna nk beli air/deep fryer ni xlps2 lg...;-(

    BalasPadam
  16. tq farrah for sharing.
    aida x pernah buat cendawan goreng.
    tgk ni tercetus idea :)
    air fry jer kan.

    BalasPadam
  17. ayu pon xsuke lak gune tepung segera tuhh.. kalau sendiri boleh adjust tahap kemasinan dia tugh.. kak farrah best x gube air fryer ni... bil letrik tinggi kan

    BalasPadam
  18. salam kakak, ni fav forever kita, one whole family semua suka

    BalasPadam
  19. tapi kita takde air fyer ni, goreng cam biasa je

    BalasPadam
  20. ohhh boleh cuba ni.. selalu tgk kt kedai saja. tq akak :)
    nanti nina dtg singgah lg ye

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...