Resepi Tempoyak Goreng

Isnin, Julai 16, 2018

Sekarang ini sana sini nampak durian. Masuk Facebook, Instagram ... macam-macam durian buat special appearances. Maklumlah musim durian kali ni, buah banyak melambak-lambak. Harga durian pun runtuh jadi murah bukan main!

Dah ada durian, mesti ada tempoyak kan? Biasanya kalian masak hidangan apa dengan tempoyak? Saya selalunya masak gulai lemak tempoyak cili padi. Tidakpun tempoyak tu dilawan dengan sambal lonte. (Lihat resepinya di sini.)

Apa kata cuba buat tempoyak goreng pula. Resepinya mudah. Rasanya dap dap dap! Hidangan tempoyak goreng popular di Sarawak. Tetapi resepi tempoyak goreng saya ini sudah diubah suai ikut bahan apa yang ada. Gambar di bawah ni, gambar lama. Tempoyak goreng yang dibuat pada musim durian yang lepas. Pada asalnya saya nak masukkan sekali serunding tuhau ke dalam tempoyak goreng. Belum sempat goreng tempoyak, serunding tuhau dah habis dimakan terlebih dahulu. Cancel!


Resepi Mudah Tempoyak Goreng



Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tempoyak (Ikulah nak banyak mana. Lagi banyak lagi sedap.)
  • 1 labu bawang besar atau beberapa biji bawang merah dihiris.
  • 2 - 3 ulas bawang putih dihiris.
  • Beberapa tangkai cili api dihiris. (Jika ada yang tidak makan pedas, tidak perlu letak cili api.)
  • Segenggam kecil ikan bilis, digoreng hingga rangup dan diketepikan.
  • Hirisan daun kunyit (Terpulang nak banyak mana. Tetapi jangan sampai terlalu banyak sehingga rasa dan bau daun kunyit overpower rasa tempoyak pula.
  • Garam dan gula secukup rasa. (Biasanya saya tak guna sebab tempoyak dah cukup masin manisnya.)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng. 


Cara-cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar/bawang merah, bawang putih dan cili api. 
  2. Masukkan tempoyak dan kacau-kacau di atas dapur sehingga tempoyak masak dan bertukar warna.
  3. Perasakan dengan garam jika perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit dan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata.
  5. Angkat dan hidangkan.


Percayalah, kalau kalian memang gemar makan tempoyak, tempoyak goreng is a must try! Rasanya lebih lemak sebab tempoyak tu kita dah masak.


Selamat Mencuba!





Bagi yang suka baca novel online, baca Lelaki Langit Bumi (LLB) (klik pada banner di atas) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab Lelaki Langit Bumi (LLB). Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dan menjadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak.

#lelakilangitbumi #NovelLLB #girangfashali

21 ulasan

  1. febret ejulz ni. lagi2 kalau letak udang :)

    BalasPadam
  2. sedap ni..org perak panggil tempoyak kacau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke kak perak ada?
      Saya pun 1st time dengar ni tempoyak goreng. Hihi

      Padam
  3. tk prnah makan yg goreng. boleh buat ni. bangkit selera

    BalasPadam
  4. First time Nani jumpa tempoyak goreng. Heheh. Nanti boleh lah try resepi kak Farrah ni pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, jangan lupa cuba. Gerenti tak menyesal 😊

      Padam
  5. penuh ranah semua diet bila cerita tang durian ni hahaha

    BalasPadam
  6. Wah first time dengar tempoyak goreng.

    BalasPadam
  7. wow first time jugak ana tawu psl tempoyak goreng ni hehe

    BalasPadam
  8. Sedapnya tempoyak goreng ini.. Sha save.. Nak cuba buat esok pagi..

    BalasPadam
  9. nampak sedap. tapi saya tak makan tempoyak. btw, selamat menjamu selera farrah

    BalasPadam
  10. tahan lama tak, darling farrah?
    aida sgt jarang ada menu ni kat umah.
    tapi minat giler.
    kat kedai mesti amik makan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.