Rabu, Januari 18, 2012

Kerepek Ngaku @ Arrowhead Root Chips

Kali pertama aku makan ngaku chips ni (6-7 tahun lepas) semasa berkunjung ke rumah kenalan keluarga sempena Tahun Baru Cina. Terus jatuh cinta!! Kerepek ni hanya available time Chinese New Year sahaja. Jadi, setiap tahun aku akan usaha untuki cari ngaku chips ni. Harganya agak mahal (dalam RM10-15 sebalang) sebab nak buat kerepek ni agak remeh dan memenatkan. Nak makannya senangggggg sangat! Kruppp krappp kruppp kraaapppp....abis!

Tahun lepas, semasa shopping time-time Chinese New Year, aku nampak sikit punya ramai orang kerumun nak beli Arrowhead Roots. Kebanyakannya bangsa Cina lah. Sekali tengok macam bawang putih. Bila diteliti macam tekstur dan baunya macam sengkuang cina pun ada. Diorang nak buat apa ni? Sajalah aku gatal mulut tanya, arrowhead roots ni nak buat apa? 'Lu potong nipis-nipis kasi goreng macam keropok. Manyak sedapppp, dik!' Balas seorang nyonya yang sedang sibuk memilih tapi masih sempat layan pertanyaan aku.

"Ini ngaku ke, nyonya?"
"Betul, betul...kita panggil ngaku."

Oh, inilah rupanya ngaku 'favourite' ku sebelum jadi kerepek.

Credits to: The Cook's Thesaurus
Tahun ni, bila nampak ngaku dah mula available di pasaraya, aku belilah beberapa biji. Survey cara-cara nak buatnya di internet dan cuba buat dalam kuantiti yang kecil. Wallllaahhhhh! Alhamdulillah menjadi.

So, the following week, aku ke Tesco dan  jumpa ngaku lagi. Kebetulan time tu, ngaku tengah sale. Bayangkan sekilo harganya hanya RM1.98! Normally harganya dalam RM2.50 - RMM3.50 sekilo. Berplastik-plastik aku beli. Lagipun Faidz nak balik hujung minggu tu. Bolehlah bekalkan untuk adik dan adik ipar aku bawa balik rumah buat kunyah-kunyah.

Cara nak buat ngaku chips mudah sahaja (but a bit tiring!)

  1. Kupas kulit ngaku, cuci hingga bersih dan biarkan kering.
  2. Parut ngaku menjadi hirisan kecil dan nipis. Gaulkan dengan sedikit garam agar hirisan-hirisan ngaku tidak melekat antara satu sama lain.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. (Minyak kena banyak tau...)
  4. Apabila minyak dah panas, masukkan hirisan-hirisan ngaku ke dalam kuali. Pastikan hirisan-hirisan tidak bertindan. Angkat dan toskan apabila ngaku bertukar warna menjadi keperang-perangan.
  5. Sejukkan seketika dan masukkan dalam balang kedap udara. Hati-hati stage ni paling 'bahaya',... ngaku chips might ended up dalam mulut sebelum sempat masuk dalam balang hahahah

Inilah hasilnya! Tattadaaaaaa!!

8 ulasan:

  1. First time dengar masa joon Resepi Ringkas di fb. Ramai yang post pasal kerepek ngaku ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak biasa makan ngaku sebab ada family angkat orang Cina. Tapi dah tua baru tahu buah ngaku tu rupa macam mana :)

      Padam
  2. Laa.. Nama ubi rupanya ngaku ni.. Baru tau.. Ye la kan, dah bendanya kecil2, memang letih la nak parut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah ni lebih kurang macam sengkuang cina teksturnya Cik Azz. Cuma besar sikit saiznya :)

      Padam
  3. macam kerepek ubi. ish ni teringin nak tau rasa dia ni. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kerepek ubi, tetapi rasanya lemak-lemak manis gitu :)

      Padam
  4. Mak kate dia pun x pernah tau pasal ngaku..

    BalasPadam
  5. blh la try nanti ... teruja lak rasanya .

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.