Selasa, Februari 18, 2014

Cara Nak Simpul Reben Kecil Guna Garpu

I found this tutorial very useful. Terutama sekali jika saya nak buat bow guna reben organza. Bab simpul-simpul reben ini, kalau yang bersaiz besar, tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, apabila kena buat yang kecil, yang cenonet kiut-miut ... memang TERSEKSA jiwa raga dibuatnya! Lagi-lagi waktu kena buat banyak-banyak misalnya untuk doorgifts. Jenuh jemari gemuk saya nak menyimpul reben. Lima percubaan gagal, baru berjaya ikat satu reben. Gagal dan gagal lagi ... baru dapat ikat satu. Memang boleh tertekan dibuatnya.

Akhirnya, saya jumpa satu penyelesaian mudah. Kita hanya perlukan sebatang garpu besi. Ya, hanya sebatang garpu. Saya tidak sarankan penggunaan garpu plastik sebab bimbang ketika kita nak ketatkan simpulan reben, garpu plastik berkenaan mungkin akan patah. Jadi, sebaiknya gunakan garpu besi. Lebih sturdy.

Cara Simpul Reben Kecil Guna Garpu

Perhatikan gambar di bawah betul-betul dengan teliti. Susunan gambar dari kiri ke kanan ye. Selitkan reben di celahan garpu mengikut turutan seperti dalam gambar. Pada bahagian simpulan tu, tarik ketat-ketat sedikit. Kemudian, potong dan buatlah kemasan di bahagian hujung reben. Hujung reben  boleh dipotong menyerong (seperti biasa) atau bersegi seperti dalam gambar akhir. Mudah sahaja, bukan?

Credit

Walau bagaimanapun, this technique requires a bit of practice. Sedikit sukar untuk dapatkan ikatan atau simpulan reben yang sempurna dalam percubaan kali pertama. Jangan putus asa. Practice makes perfect. Nanti setelah beberapa kali cuba, akan jadi lebih baik. Kita akan mula mahir dan dapat kuasai teknik ikat reben ini. Tidak kisahlah reben yang digunakan jenis apa:- keras, lembut, tebal, nipis,...semuanya boleh diiikat dengan senang menggunakan garpu 🍴

Selamat mencuba!


Pstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

11 ulasan:

  1. @Che Akak Mula2 terkial-kial la jugak, tapi bila dah biasa senang je...sesuai sgt kalau kena buat reben banyak2.

    BalasPadam
  2. dulu time dok buat doorgift penat jugak la ikat reben kecik2 ni beratus2.. sampai naik kematu jari..tak tau ak ada cara cam ni..

    BalasPadam
  3. ooo macam tuh.. pening jugak laa takat tengok.. kena try baru jadi..

    BalasPadam
  4. Salam singgah sini Farah...menarik ni...tapi nak tengok betul² baru boleh faham ni...

    BalasPadam
  5. wow! kreatif.. Nampak macam senang tapi susah jugak rasanya.. tapi kalau selalu buat, pejam mata pun jadi

    BalasPadam
  6. Oh.. begini tekniknya.. nampak mudah tu..

    BalasPadam
  7. aida terjah sini :)
    a great idea ni utk sape yg buat kraf reben kan.
    instead of beli reben kenit ni, buat sendiri gini lebih jimat :)

    BalasPadam
  8. waaahhh menarik
    tak dpt gambaran sebenarnye ni
    nak kene try dulu baru nampak hasilnye

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.