Isnin, Jun 01, 2015

Jom Cuba Nasib - AYAH

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Selamat menempuh kegembiraan riuh-rendah cuti sekolah! 

Satu lagi entri Jom Cuba Nasib untuk kalian. Bagi yang tidak familiar dengan Jom Cuba Nasib di tower saya, boleh rujuk sini. Bukan segmen, bukan giveaway,..sekadar untuk suka-suka antara kita semua.

Semalam saya mengemas kad-kad ucapan yang ada dalam simpanan. Terjumpa kad Hari Bapa ini. Kad lebihan tahun lepas. Terus terfikir nak buat Jom Cuba Nasib sempena Hari Bapa yang bakal diraikan pada 21 Jun 2015 :)

Kad Hari Bapa
Apa yang kalian perlu lakukan:
  1. Kongsikan apa sahaja mengenai seorang insan bergelar ayah - ucapan, penghargaan, sajak, pantun, pengalaman,...apa-apa sahaja! Asalkan ada kena-mengena dengan ayah. Ikut kreativiti dan originality masing-masing ye.
  2. Tinggalkan di bahagian komen entri ini.

Penyertaan yang paling BEST akan dapat sekeping kad Hari Bapa (seperti dalam gambar di atas) untuk diberikan pada si ayah dan hadiah misteri untuk diri anda sendiri.

Memandangkan hujung minggu ini saya tiada di tower, jadi Jom Cuba Nasib- AYAH akan berlangsung dari sekarang hingga 9.00 pagi, Isnin, 1 Jun 2015. 

All the best!!!




Psstt! Nak buat penyangkut baju mini tu, boleh rujuk di sini.

58 ulasan:

  1. Balasan
    1. haaa kalau ikhwan ada idea, bolehlah cuba :)

      Padam
  2. X pandai nk mengarang... tp cuba jg laa ;)

    Tak ada apa2 yg diharapkan kecuali ayah akn sembuh seperti sediakala... aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin....semoga ayah awak cepat sembuh ya

      Padam
    2. Ayah Anies kurang sihat ye? Saya turut doakan dari jauh mudah-mudahan ayah Anies akan sembuh dan diberikan kesihatan yang sempurna. Aminnnnnnn.

      Padam
  3. Balasan
    1. Haaaa pergi gali idea dulu :)

      Padam
    2. Ala akak tutup pukul 9 duk gali ideal lg ni xmai lg adess

      Padam
    3. Alahai ekin cayang, nak tunggu sampai bila tuh? Heheheh

      Padam
    4. adesss terlupa nak komen smlm... ekin adahal sikit smlm abg xberapa sihat huhuhu kena to long dia... xde rezeki nak join smlm

      Padam
  4. Cuti sekolah kat umah riuh dgn anak saudara ni mcm2 perangai ada
    bisnes dadih berjalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh, semoga kencang bisnes dadihnya :)

      Padam
    2. Salah buat perisa diaorg x suka kurang sikit bjalan

      Padam
    3. Yang kurang jalan tu buat makan sendirilah. Kena buat survey ni...

      Padam
    4. kalau coklat memey laju hahaha... tu la kena survey ni

      Padam
  5. ayah..abah..daddy..papa..walid..baba.. bubu..bibi.. (k, yg 2 last mengarut).. heheeee

    BalasPadam
  6. alamak!!!!! sis JM beri peluang kepada orang lain lah....malu nk kongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ecece sis JM ni...malu la plak...hihi

      Padam
    2. Sis kalau malu nak kongsi kat sini lain kali kongsi in private ngan saya eh...

      Padam
  7. keren banget mba ... selamat mencoba bagi yang mau coba hehehe

    BalasPadam
  8. Hurmmm... SS dah tak ada Ayah... Tapi... SS nak jugak bagi ucapan boleh? "Lelaki di Dunia... Lelaki di Syurga... Abah saya!"... :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga arwah ayah SS damai dan tenang di sana. Al-Fatihah.

      Padam

  9. the guy who cried upon my first day in school..
    the guy who will always kopek udang n ketam for me..
    the guy who ironed my school uniforms when i was about to be late to school..
    the guy who will sing along with me to my fav k-pop songs in the car..

    so much more tapi nanti sampai esok tak habis mengarang =P

    MY DAD IS MY HERO =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sporting betullah DediS! Moga Allah beri lebih banyak ruang masa untuk kalian berdua + MamiZ terus mencipta kenangan indah bersama.

      Padam
    2. amin amin.. mudah2an.. hope my dedi get well soon =')

      Padam
  10. Wahhh... ini memang sangat menarik!
    Teringin sangat nak mencuba. Ayat tak berapa nak puitis sangat.
    All the best kepada semua yang menyertai.

    Bagi saya, setiap ayah yang kita ada adalah yang terbaik buat kita biar siapa pun dia.

    "Bila cerita tentang ayah. Kadang-kadang tak mampu nak luahkan dengan segala kata-kata. Ayah lebih diam daripada emak. Siapa kata seorang ayah itu tidak ambil tahu tentang anak-anaknya. Setiap kali berjauhan dengan anak-anak, ayahlah yang akan sentiasa ingatkan emak untuk bertanya khabar mereka. Setiap kali makanan yang disajikan hampir habis, ayahlah yang akan sentiasa ingatkan emak untuk simpankan makanan yang berbaki bagi anak-anaknya yang masih belum sempat menjamah makanannya. Setiap kali nak menjelang raya, ayahlah yang selalu ingatkan emak, belikanlah dulu baju untuk anak-anak, untuk ayah sendiri ayah tak kisah. Itulah ayah. Kalau nak diceritakan satu per satu memang tak akan habis. Pengorbanan seorang ayah itu terlalu besar jika hendak dinilai. Begitu juga dengan seorang emak. Terima kasih ayah dan emak kerana sentiasa bersabar dengan karenah anak-anaknya."

    Saya rindukan emak dan ayah saya. Baru aje jumpa semalam. Hari ini dah rasa rindu.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Touchingnya baca coretan Faarihin ni. Tak mengapa. Setiap kali rindu, kirimkan doa buat mereka selalu.

      Padam
  11. salam. hee semoga berjaya semuanya yang mencuba., l;p

    BalasPadam
  12. Tanpa ayah, aku tiada di dunia.
    Tanpa ayah, ibu tak mampu mengukir senyum.
    Tanpa ayah, aku tidak belajar sampai kemenara gading.
    Tanpa restu ayah, rumah tangga dibina takkan bahagia.
    Tanpa restu ayah, hidup porak peranda.

    Alhamdulillah ada seorang insan bergelar ayah yang masih hidup walaupun sudah dimamah usia. I LOVE U ayah. Sehingga ke Jannah <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ayah Zarith sihat-sihat sahaja hendaknya.

      Padam
  13. wah tak pandai laa nak mengarang bak pujangga apa bagai.. pass kat orang lain laa.. huhuhu..

    BalasPadam
  14. Tak sempat nak join..gudluck untuk semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Cik Mimie,...lupa akak nak tanya. Cik Mimie dah terima ke belum hadiah akak kirim sebab menang Jom Cuba Nasib sebelum ni?

      Padam
    2. Takde terima lagi Kak Farrah..dah lama ke akak hantar?

      Padam
    3. Laaa tak dapat lagi ke? Akak hantar 12hb bulan lepas. Hantar sekali ngan a few hadiah lain. Diorang dah terima dah. Sabar ye Cik Mimie. Nah, sneak peak.

      Tengok Hadiah Cik Mimie Kat Sini

      Padam
    4. Dah nak dekat sebulan da tu..hahaha..abang posmen simpan wat kenangan dia ler tu.. T_T

      Ya Allah, Kak Farrah cantiknya hadiah tu..suka tang bunga ros tu..cantiknya :D

      Padam
    5. Memang buat utk Cik Mimie yg suka bunga ros! Harap sampailah juga pada Cik Mimie nanti :)

      Padam
    6. Harap2 sampailah..lama betul posmen simpan..hehehe :)

      Padam
  15. sy ni memang kurang sikit kalau mengarang...ayat mesti kelaut punya....papepon all da best utk rakan yg mencuba....hehehehhehe

    BalasPadam
  16. saya dah terlepas =)
    takpelah, better luck next time =)

    BalasPadam
  17. Alolo kretipnya k.Farrah buat kad demgan susunan tie camtu.

    BalasPadam
  18. sedih x sempat nak join. macam-macam boleh cerita pasal ayah. sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's OK. Akak pun buat mende ni sekejap, masa weekend je.

      Padam
  19. oooo ni lah entry nye ye
    heheh xdan nak terjah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.