Selasa, 8 Disember 2015

Tutorial Kraf Kertas - Kad Mini untuk Hadiah (Bahagian 1)

Assalamu'alaikum,

Tutorial kraf kertas kali ini tutorial yang simple. Kita buat kad mini bersaiz 7 x 7cm. Haaa, buat yang suka bagi-bagi hadiah tu, mesti nak selit kad sekali kan? Jadi, kad mini ni sesuai sangat dijadikan stok dalam simpanan. Senang apabila nak guna, kad dah sedia ada untuk apa jua occasion, event atau keraian.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kad/kertas keras  bersaiz A4. Saya pilih kad berwarna hijau lembut.
  • 1 kertas berwarna hitam bersaiz A4
  • Kertas bercorak/berwarna 
  • Glue Tape/ Glue Stick
  • Gunting/Paper Cutter/Scorer
  • Clear stamps dan ink pad (mengandungi sentiment/ucapan yang hendak digunakan)

Langkah-langkah:
Potong kad/kertas keras mengikut saiz 7 x 14 cm. Kita akan dapat hasilkan enam keping kad mini dengan 1 kad/kertas keras bersaiz A4. Kemudian, dengan menggunakan paper scorer, buat tanda lipat di tengah-tengah kad dan lipat kepada dua bahagian. Base card kita sudah siap!

Base cards bersaiz 7 x 7 cm

Setelah itu, potong kertas hitam dengan saiz 6.5 x 6.5 cm sebanyak 6 keping. Kertas bercorak/berwarna pula dipotong 6 x 6 cm sebanyak jumlah yang sama.


Gunakan glue tape atau glue stick untuk assemble kad kita. Mulakan dengan tampal kertas hitam di atas base card. Kemudian, tampalkan pula kertas bercorak/berwarna. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.


 Lazada Malaysia
 Klik pautan di bawah untuk promosi hebat!




At this stage, kad kita dah 80% siap. Sekarang, hanya perlu dilengkapkan dengan ucapan atau sedikit hiasan sebagai finishing touch.

Kebiasaannya, saya akan biarkan kad-kad kosong begini. Apabila hendak digunakan barulah saya letakkan kata-kata yang sesuai seperti Thank You, Just For You, Made With Love and etc. Rasa nak tambahkan seri kad, boleh guna apa-apa crafts embellishments yang ada dalam simpanan :)

Macam mana? Boleh follow setakat ini? Mudah je kan? Jika ingin tengok hasil akhir kad, tunggu tutorial Bahagian 2

Jemput jenguk entri-entri lain berkenaan kad mini:

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

36 ulasan:

  1. kreatipnyer., utk wak lettewwww ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tahap konfiden wak yang tinggi amat saya kagumi! :D

      Padam
  2. wah sangat kreatif ya ...teruskan usaha yang baik

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini Farah....menariknya dan kreatifnya Farah....comel sangat tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yang comel2 ni sesuai kasi kat orang :)

      Padam
  4. hehehe.. selalu beli ja sebab nak cepat.. ngeh2

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Marilah Aiza kita sama2 buat kad comel ni :)

      Padam
  6. Simple tpi cntik...good idea kak,jimat kos nlh bikin byk kad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Lya, dengan kos yang sedikit kita dapat buat banyak kad :)

      Padam
  7. saya pun dah buat kad mini. tapi Farrah buat lagi cantik. tak standing dengan saya

    BalasPadam
  8. salam, kak kreatif dah mulakan operasinya ;)

    BalasPadam
  9. SS ske backround itam... elegen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hitam itu emas...ehhhhh...opppss...hahahah

      Padam
  10. simple n cantik.tag roti pun jd comel kalau dapat kat tangan farrah. eh buat banyak2 tu, ada aktiviti ke atau ape2 yang ada gift2. hehehe..

    BalasPadam
  11. kalu beli ni terbang da RM2. kalu buat or org tu bagi kannn....foc je hahaha

    BalasPadam
  12. terus klik link scorer tu sbb tgh belajar nak buat DIY ni

    BalasPadam
  13. ja..art ni sis JM x faham.."Kita buat kad mini bersaiz 7 x 7cm" tetapi di bahagian langkah2 tu "Potong kad/kertas keras mengikut saiz 7 x 14 cm" ke salah tulis

    BalasPadam
  14. kiranya buat kertas base tu size 7 x 7 cm kan

    BalasPadam
  15. ke potong 7 x 14 sbb untuk di lipat nanti

    BalasPadam
  16. kiranya waktu nak potong ikut size tu..Farrah buat ukuran dulu dgn pensil pastu gunting or mcm mana ke guna pisau sbb nampak kemas..ke guna scorer board

    BalasPadam
  17. byk sis JM erlu belajar mengenal barang barang kraft ni...kalau dah terjebak rasanya mmg x leh nak tinggal...

    BalasPadam
  18. memang senang nk buat. thanks akak at least ada tuto :)

    BalasPadam
  19. kreatif tau farah nih.. nak ambik mood rajin farah skit nak buat kad kreatif macam nih..

    BalasPadam
  20. Eee. Suka smuaaaa. (*^ω^*)(*^ω^*)

    BalasPadam
  21. da tgk hasil nyer :) thorbaeeekk...!!!

    BalasPadam
  22. dah nampak da kt situ..
    aishhh dlm kepala ni nak buat je
    tp nak laksana tu mood tah ke mana

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...