Selasa, November 01, 2016

Resepi Smoothie Avokado

Avocado Smoothie

Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)

Rasanya? Sedapppp. Lemak manis avokado, dicampur pula dengan manis madu dan masam yogurt,...semua cukuplah! Apa yang penting, mengenyangkan. It's a quick fix untuk pagi yang sibuk. Siapa-siapa yang suka avocado, I'm sure you'll enjoy this treat very much!

Resepi Smoothie Avokado
(1 hidangan/orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 biji avokado yang telah masak ranum
  • 1 cawan susu 
  • 3 sudu besar yogurt (optional)
  • 1 sudu teh madu (jika mahu lebih manis boleh tambah 1/2 ke 1 sudu teh lagi)
  • beberapa ketul ais

Cara-cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. 
  2. Sedia untuk dihidangkan. Jika inginkan rasa yang lebih segar, boleh kisar beberapa helai daun pudina dan campurkan dengan sedikit perahan jus limau. 

Selamat Mencuba!

34 ulasan:

  1. Nani selalu buat guna mango. Boleh lah try avocado pulak. Sedapnyaaa :)

    BalasPadam
  2. kalau ada belen hntr laa ke sini sket ;-)

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini Farrah...sedapnya...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Wahhh pindah mana senang dpt avocado tu?

      Padam
    2. SS - Avocado tu nama omputeh, alpukat nama Indo,..
      Qisya - hihihi pindah dekat dengan kedai yang sentiasa ada avocado ;)

      Padam
  5. Avocado ni kalu dapat yg manis memang sedap... kalu kelat... potong stim betul! Kalu buat air letak coklat skit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, kalau dapat yang kelat tu, menyesal hidup sekejap! Yess,,..coklat and avocado, gabungan terbaik!

      Padam
  6. Saya x lalu nak mkn avocado ni apatah lagi nakminum jus dia.. i tersangatlah tekak melayu.hari2 mkn sambal belacan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tekak belacan ye,..saya tekak sapu semua :)

      Padam
  7. Biasa kita resepi.. Avacado, pisang, strawberry dgn coklat krim.. Huhuu

    BalasPadam
  8. nak!!! tapi NAK Cikgu Farrah buatkan..boleh?

    BalasPadam
  9. perghh...order jek terus sampai rumah...nampaknya no more coffe lah eh pasni

    BalasPadam
  10. minuman sihat..kalau senang nk dapat buah ni..hari2 sis JM buat..kalau rajin la heee

    BalasPadam
  11. salam kak farrah , rindu nak jejak sini .. akak sihat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Alhamdulillah, sihat seadanya. Yana sihat?

      Padam
  12. xpandai pilih avokado la kak farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.