Jumaat, Mac 31, 2017

Tutorial Kraf Kertas - DIY Watercolour Art

Hari ini saya nak tunjuk cara buat Watercolour DIY Decor. Haaa,...jangan risau. Jangan fikir berat-berat. DIY ini sangat mudah! Tidak perlu skill khusus, tak perlu pergi kelas watercolour art. Ala ala DIY ceneke-lah kiranya. Tapi, kalau hasilnya cantik, apa salahnya kan?!

Apa yang diperlukan? Ini yang penting. 👇👇👇


Dapatkan bingkai kanvas sedia bercetak begini. Beli di MR D.I.Y. Pilihlah design yang ada. Harganya sekitar RM6 - RM15.90 mengikut saiz. Macam yang saya pilih di atas, hanya RM10.90. Jika tak jumpa di MR. D.I.Y, di POPULAR pun ada cuma harganya jauh lebih mahal. Yelah, dah produced bawah range POPULAR, harga pastinya berbeda.

Selain daripada itu, kita perlukan barang-barang di bawah:



  • Berus lukisan 
  • Palette
  • Water colour - tak perlu beli yang mahal-mahal. Saya punya di atas tu rasanya RM8.90. Then, dapat 30% diskaun sebab masa tu ada promosi.
  • Bekas berisi air
  • Kain lap/wet tissue

Mula-mula, fikirkan kombinasi warna yang kalian mahukan. Then, gunakan berus untuk calit warna pada watercolour, cairkan di pallette. Mulakan aktiviti mewarna. Tambah sedikit air pada berus/adunan warna untuk dapatkan tona warna yang lebih cair. Jika ingin tona warna yang lebih pekat, tambahkan warna.


This is a fail-proof DIY. Saya dengan Bott siapkan benda ni sambil borak-borak dan tengok TV. Kalau rasa kurang cantik, tambah layer warna yang baru.


Ini lapisan pertama. Nak terkehel dagu kitorang gelak. Menangis cikgu-cikgu Pendidikan Seni saya kalau tengok anak muridnya mewarna sebegini rupa. OK. Tarik nafas,... Biarkan kanvas tu kering dahulu. Ingat, terlebih air sangat berkemungkinan besar bisa merosakkan hasil karyamu!


Dengan senyuman, buat lapisan kedua untuk adjust 'kecomotan' lapisan pertama. Dah mula nampak perubahannya ke arah 'lebih sedap mata memandang' 😉



Setelah lapisan ketiga, plus sedikit keyakinan, minus gelak,..

Hasil akhir

Siaplah DIY Water Colour Art. Final touch up, gunakan tisu untuk lap lebihan warna pada permukaan design yang berwarna gold. Barulah lebih kemas. Lebih menyerlah. DIY ini saya guna sebagai centerpiece untuk sambutan birthday Cekengah awal Mac dahulu. Memandangkan design tu dah sedia bercetak dengan gold, saya gunakan font gold untuk buat sentimen HAPPY BIRTHDAY, ANGAH. Fonts tu punyalah halus keding! Menggigil-gigil tangan saya dan Bott nak tampal font satu demi satu atas kanvas tu. Kena guna tweezers. Menjelang 'ANGAH',  mata dah berpinar + juling. Tu yang senget sikit alignment-nya.

Mudah je kan? Boleh buat untuk hiasan rumah atau sebagai pemberian istimewa to someone you care. Bagi hasil bekas tangan sendiri lebih bermakna.


Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)


15 ulasan:

  1. kalau di frame kan boleh buat hiasan dinding... cantikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..jadi hiasan dinding memang sesuai sangat!

      Padam
  2. Wahh..Menarik ni Kak Farrah. Saya dah lama tak mewarna. Nak kena rajinkan kembali ni. =D

    BalasPadam
  3. Menarik kak farrah...watercalour tu di sapu sampai atas bahagian gold atau elakkan?

    dah lama tak bermain warna macam ni

    BalasPadam
  4. ilmu baru utk aida ni, farrah :)
    tq

    BalasPadam
  5. smartlah hasilnya <3 my bapak yg minat macamni :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.