Jeruk Limau Bali

Khamis, Ogos 16, 2018

Baru-baru ini saya dapat buah limau bali daripada Kak Nani, a family friend. Kak Nani kalau balik jalan mesti tak lupa nak beri ole-ole. Saya memang suka buah pomelo ni. Kalau makan memang sedap je masuk mulut. Kadang-kadang setengah biji tu saya seorang sahaja yang 'baham'. Hehehe tak sesuai guna istilah makan atau kunyah dah 😉

Nak dijadikan cerita, dua tiga minggu ni cuaca panas lain macam. Mulalah craving nak itu ini. Saya paling teringin nak rambutan. Teringin sangat! Musim buah kali ni boleh pula tak ada rezeki merasa rambutan. Selalu tu sampai tak terhabis makan. Buah dari pokok, buah yang orang bagi. Terbayang-bayang nikmatnya jeruk rambutan asam boi dan agar-agar rambutan yang refreshingAduhai, tulis entri ni pun dah salivating! Dek kerana teringin, dapat je limau bali terus transform jadi jeruk. 

Jeruk Limau Bali

Resepi Jeruk Limau Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Buah limau bali
  • Hirisan daun limau
  • Perahan air limau kasturi atau limau nipis
  • 1 sudu besar serbuk asam boi
  • 1 - 2 tangkai hirisan cili padi (Bagi yang suka pedas. Jika ada anak-anak atau yang tak tahan pedas nak makan, abaikan bahan ini.)


Cara-cara Penyediaan:
  1. Kopek kulit limau bali. Siapa yang rajin bolehlah buat manisan kulit limau bali (guna kulit dalam yang spongy berwarna putih tu.) Kalau malas macam saya, buang jelah.
  2. Siat pula kulit bahagian dalam. Pecah-pecahkan isi limau bali seperti dalam gambar di atas.
  3. Masukkan hirisan daun limau, perahan air limau, serbuk asam boi dan cili padi. Gaul sekata.
  4. Dinginkan dalam peti ais.  Apabila dah sejuk, sila nikmati dengan senyuman. 


Intai juga resepi di bawah:

Jeruk Rambutan Asam Boi
Agar-agar Rambutan

Nyummm nyummmm! 
Selamat Mencuba!


Pssttt!! Dulu masa kecil-kecil, kalau kupas kulit pomelo, Cekebon atau babah akan kupas secara melintang dan membulat sebab saya nak buat topi. Siapa buat benda yang sama? Angkat tangan! 

9 ulasan

  1. lama sungguh x mkn limau bali ni... aritu nk beli tp mahal laa pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kadang-kadang harga limau ni tinggi melangit! Memang seram sikit nak beli 😏

      Padam
    2. dah smpi ms nya kot kita kena tanam sendiri hhahahahahah

      Padam
  2. owh tak pernah lagi makan jeruk limau bali nie...biasa makan macam tu je...ramai jugak buat rambutan asam boi ya

    BalasPadam
  3. wah menarik nih, akak tak pernah lagi buat jeruk pomelo atau rambutan.

    BalasPadam
  4. Uish.. panas-panas nie memang best makan makanan macam nie.. tambah-tambah agar-agar rambutan tu.. Memang menyegarkan..

    BalasPadam
  5. adoooi makan limau bali memang ralit. dalam fam CT je suka. kalo lalu ipoh nak balik KL mesti singgah beli x kat simpang pulai kat tapah. hehe..

    BalasPadam
  6. Sedapnya..buat kudapan dipetang hari best ni..:-)

    BalasPadam
  7. jeruk rambutan tu pernah buat.
    kalau pakcik anto seplastik beso rambutan dari kampung, menjeruk lah.
    tapi limau bali tu tak pernah buat, farrah.
    selalu kalau beli, kat perak.
    sini, jarang plak terjumpa. kat pasar pun rare aje.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.