Jumaat, Ogos 24, 2018

Papan Pemotong IKEA

Papan pemotong IKEA di bawah ini memang antara produk IKEA kegemaran saya. Satu, sebab landasannya besar, luas. Papannya pun tebal. Sturdy. Jadi tahan lama. Masa mula-mula keluar dahulu harganya cuma RM5/sebuah. 



Di rumah ni, saya ada 3 papan pemotong. Satu untuk kegunaan biasa - potong bawang, potong buah dan sayur. Satu lagi untuk daging, ikan dan ayam dan yang terakhir untuk potong roti/baking purpose. Selalunya apabila papan pemotong untuk kegunaan biasa ni dah teruk rupanya, saya akan ganti yang baharu. Yang lama tu dijadikan untuk daging, ikan dan ayam. Papan lama daging, ikan dan ayam dibuang. Bgitulah kitarnya. Yang untuk roti pula jarang tukar, tahan lama berbanding yang lain sebab guna masa nak potong sandwic, baguette dan uli roti je.


Sekarang jarang ke IKEA. Jadi, apabila Cekengah singgah IKEA Mutiara Damansara baru-baru ini, saya kirim papan pemotong kesukaan saya. Harganya RM7.90 sahaja. Punyalah excited! Untuk papan berkualiti dan tebal begitu, bagi saya sangat-sangat berbaloi apabila dapat purchase dengan harga bawah RM10.

Tips Bersihkan Papan Pemotong

Ini saya nak kongsi tips bersihkan papan pemotong. Lagi lagi yang ada banyak kesan hitam kelaran tu. Dua bahan mudah yang diperlukan ialah hirisan lemon dan garam kasar. Lemon pun tak perlu guna lemon fresh. Sayang! Lepas buat air detox ke,..atau yang dah diperah jusnya pun sudah memadai. Senang cakap, kulit atau sisa lemon je.

Mula-mula basahkan papan pemotong dengan air. Kemudian ratakan sedikit garam kasar pada permukaan papan pemotong. Biarkan seketika. Setelah itu, guna kulit/hirisan lemon untuk sental papan pemotong. Untuk dapatkan hasil yang lebih awesome, saya selalu letak kulit lemon pada berus sental dan sental papan sehingga bersih. Akan nampak keledak hitam tu keluar. 

Rasa-rasa dah puas sental, bolehlah dibilas. Nanti bukan papan pemotong je bersih, bau pun harum dan segar sebab kita guna lemon.

Dah ke IKEA tu, adalah rezeki saya makan chicken wings and meatball. Office mate Cekengah belanja. Asalnya Cekengah beli tapau untuk saya. Dia cakap kat office mate dia bimbang Along lapar kat rumah. Allah gerakkan hati colleague dia belanja meal saya. Alhamdulillah 😃 Omnomnomnom! 

30 ulasan:

  1. best tengok barang ikea, rasa macam nak beli je semua.. Cuma bila fikir belum ada rumah sendiri, keinginan tu terbantut.. Nanti penuh plak nak berangkut bila naik rumah sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Wawa. Jamu mata dulu. Nanti, dah ada rumah sendiri, tahu dah nak sambar yang mana 😊

      Padam
  2. sha pun rasa nak beli papan pemotong lain ni

    BalasPadam
  3. saya sejenis yang suka membeli chopping board ni. tak tahulah kenapa. hehe

    BalasPadam
  4. barang2 IKEA Ni tahan okay je beli.. dan sbenarnya harga jauh lebih murah dr certain kedai biasa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Banyak deals berbaloi di IKEA. Kena siap RM je 😊

      Padam
    2. ada yang murah.. yang standard Mulig tu kak baru berapa RM tahan bertahun guna. kalo kat kedai biasa beratus pun ada. guna few months goyang..

      Padam
  5. Thank you for the tips, kak Farrah :)

    BalasPadam
  6. Tips yang ohsem.. Bolehlah sha cuba bersihkan papan pemotong sha nanti.. Sha dah tinggal satu je.. Yang besar.. yang kecik dah terbelah dua.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Sha. Yang dah terbelah dua tu boleh kasi Amani dan Imani main masak2 😃

      Padam
    2. Hahaha.. bebudak nie usah kata papan pemotong.. pinggan mangkuk, periuk belanga sha diorang buat main masak2.. mujurlah pakai pinggan mangkuk besi.. 🤣🤣🤭

      Padam
  7. wah sampai 3... mummy ada satu je yg tebal, bercorak.. kegunaan tuk semua... Hentak mcmana pun still maintain cun..haahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Papan pemotong pun maintain cun ikut tuan gak ye 😁

      Padam
  8. Wah ada orang belanja.. syoklahh.. Farah bila lak nak belanja mummy..hahaha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Belanja Mummy? Tunggu saya sampai Melaka atau Penang lah 😊

      Padam
  9. Meat Ball itu sungguh menggoda tekak..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Nama dia JOIKIN. Pixajoy beri. Comel ala ala danbo kan,...

      Padam
  11. Barang barang IKEA ni memang banyak yang best & tahan lama. Samaa lah, Nani pun dekat rumah papan pemotong dah asing siap siap untuk sayur, ikan apa semua. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan bila asing. Boleh prevent contamination. Barang ikea memang kategori berbaloi-baloi.

      Padam
  12. hajat di hati da lama nak ke ikea, farrah.
    dari sehari ke sehari, asyik tertangguh.
    nak shopping utk rumah baru. end of this year nak pindah in shaa Allah.
    sgt suka brg ikea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujung tahun ye,..insha-Allah, banyak masa lagi tu, Aida. Bolehlah survey2 katalog Ikea dulu 😊

      Padam
  13. Kak Farah.. TQ So Much..
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2018/09/hadiah-dari-blogger-farah-blog-famf.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai, Sha. Terharunya,...siap buat entri tu. Nway, harap Sha suka titipan akak yang tak seberapa tu.

      Padam
  14. ikea ni sgt bahaya. ckp je nk msk tgk2 je at the end blk penuh troli!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Tak payahlah pasang angan2 nak window shopping je. Mesti akan terbeli something jugak!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.